Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Kira spread harga emas

Kali ni aku nak kongsi sikit macam mana nak kira spread harga emas. Aku rase ramai blogger dah cover topic nie. Jadi aku cuma pelbagaikan contoh. Pade sesiapa yang belum tahu, maka post nie amat berguna untuk korang. Mana yang dah tau, kalau aku tersilap korang betulkan le. Aku budah baru belajar.
Sebelum kita boleh mengira harga "spread" emas kita kena tahu lah dulu apa itu spread.

Spread ialah perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas. Harga jualan ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa menjual emas kepada kita. Manakala harga belian ialah harga yang syarikat atau institusi yang menjual emas gunakan semasa membeli semula emas daripada kita. So kalau anda nak beli emas, institusi yang menjual emas dengan spread harga terendah adalah yang terbaik untuk anda.

Walau bagaimanapun ada faktor lain yang mungkin juga mempengaruhi anda untuk memilih institusi yang mana. Antaranya masalah stok emas institusi tersebut, syarat-syarat seperti emas tidak boleh kemek, calar atau bengkok ataupun kemudahan untuk membeli, menambah dan menjual balik emas anda dan faktor-faktor lain lagi.

Jadi berbalik kepada macam mana nak mengira spread harga emas. Kita akan gunakan harga emas yang terdapat di dalam laman web Public Dinar (PD) sebagai sumber untuk menunjukkan cara pengiraan spread.



Spread Harga 1 Dinar
We Sell = RM 529.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 497.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 529.00 - RM 497.00 = RM 32

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 32 / RM 497) x 100 = 6.43%

Spread Harga 5 Dinar
We Sell = RM 2632.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 2487.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 2632.00 - RM 2487.00 = RM 145

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 145 / RM 2487) x 100 = 5.83%

Spread Harga 10 Dinar
We Sell = RM 5240.00 --> Harga PD jual dinar emas pada kita
We Buy = RM 4978.00 --> Harga PD beli balik dinar emas daripada kita

Harga Spread = Harga "We Sell" - Harga "We Buy"
Spread = RM 5240.00 - RM 4978.00 = RM 262

Peratus Harga Spread = (Harga Spread / Harga "We Buy") x 100
Peratus Harga Spread = (RM 262 / RM 4978) x 100 = 5.26%

Jadi kalau nak beli dinar, semakin besar dinar tersebut semakin kecil spreadnya. Maka semakin kecil spread harga semakin tinggi keuntungan anda. Sama juga dengan jongkong emas Public Gold (PG). Semakin berat emas, semakin kecil spread harga. Saya harap catatan ini telah membantu anda bagaimana untuk mengira spread harga emas. PG dan PD adalah antara institusi yang menjual emas dengan spread yang terendah. Jika anda beli barang kemas atau jongkong emas daripada kedai emas biasa spread harga boleh menjangkau antara 15% sehingga 25%. Jadi mana lebih baik.... Anda tentukan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

1 comments:

Tanpa Nama Sabtu, 28 Mei, 2011

cara kira spread yang tuan tunjukkan adalh salah