Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute
Memaparkan catatan dengan label Buku-buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku-buku. Papar semua catatan

Bagaimana nak jadi jutawan?

Salam semua,

Aku belajar nie daripada T. Harv Eker.


Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth

Bagaimana kita boleh jadi jutawan?
Bolehkah kita jadi jutawan?
Layakkah aku menjadi jutawan?

Kesemua persoalan untuk menjadi jutawan adalah bergantung kepada cara pemikiran kita. Contoh jika kita suka bekerja sebagai pensyarah, maka kita kenalah berfikiran sebagai seorang pensyarah. Jadi kita kena berfikir bagaimana nak meningkatkan mutu kualiti pengajaran, bagaimana nak merancang pengajaran, dan pelbagai lagi perkara yang kita kena fikirkan. Seorang pensyarah mesti suka menulis, mesti suka mengajar dan sebagainya. Jadi jika kita nak jadi jutawan kita perlu berfikir bagaimana seorang jutawan itu berfikir. Insya-Allah dalam catatan akan datang aku akan cuba kongiskan juga apa yang digelar sebagai "Wealth Files" yang kita perlu "install" ke dalam minda kita untuk menjadikan pemikiran kita sama dengan pemikiran seorang jutawan.

Just copy what the millionaire have done to be success, we don't need to reinvent the wheel.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Kelebihan-kelebihan Dinar Emas

  1. Mata wang berbentuk komoditi - Ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan.
  2. Mempunyai nilai benar dan tetap - Ia mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan.
  3. Bebas daripada inflasi - Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Wang sebenar iaitu wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.
  4. Mencegah spekulasi - Ini adalah berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain.
  5. Wujud kebebasan pertukaran emas - Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.
  6. Pertukaran mata wang antara negara akan stabil - Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.
  7. Percetakan wang kertas akan terhad - Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.
  8. Piawaian mata wang dunia hanya bersandarkan kepada nilai emas - Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.
  9. Menyumbang kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam - Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul.
  10. Bebas daripada unsur riba - Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
  11. Tiada unsur "Gharar", spekulasi, perjudian dan manipulasi mata wang - Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
  12. Berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran - Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.

Sekadar berkongsi.
sumber rujukan:
Dinar Emas, Realiti semasa penggunaanya di Malaysia oleh Salmy Edawati Yaacob & Ab. Mumin Ab. Ghani


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Buku-buku

Salam bloggers,

Rasenye dah lama gak aku tak update blog nie senjak raya ari tu... Hehehe cuti panjang beb. Tapi walaupun cuti panjang, aku tak sia-siakan masa yang ada masa cuti tu. Sempat gak aku baca dua buku berkaitan dengan pelaburan.



  1. Dinar Emas: Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia - oleh Salmy Edawati Yaacob & Ab Mumin Ab Ghani
  2. Rich Dad's Increase Your Financial IQ: Get Smarter with Your Money

Sedikit ulasan
Buku 1 merupakan buku yang lebih bercorak ilmiah. Ia ditulis oleh dua orang ahli akademik yang telah menjalankan penyelidikan tentang penggunaan dinar di Malaysia sejak 2001. Antara bab yang terkandung di dalam buku ini ialah
  1. Dinar emas dalam syariat Islam
  2. Wang Kertas dan Riba
  3. Dinar emas dan wang kertas: satu perbandingan
  4. Saranan Tun Dr. Mahathir dan pandangan ahli ekonomi
  5. Pelaksanaan Dinar Emas di Malaysia
Berdasarkan pembacaan aku, penulis meletakkan Malaysia sebagai berada di barisan hadapan dalam usaha untuk memperkenalkan penggunaan dinar emas atau Islamic Gold Dinar (IGD) di dunia. Banyak pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam mempromosi penggunaan dinar emas ini. Antaranya Dinar Research Group USM, Dinar Research Group UTM, UIAM, USIM, IKIM, Ramcell S/B, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, dll. Semuanya telah memainkan peranan dalam gerakan mempromosi penggunaan Dinar emas.
Di samping itu penulis juga menerangkan dengan teliti cadangan kaedah pelaksanaan penggunaan dinar emas di Malaysia. Untuk tahu bagaimana penggunaan dinar emas ini boleh diperkembangkan di Malaysia, aku suggest korang baca la dengan lebih terperinci dalam buku nie. Kalau nak cerita semua kat sini mau berjela-jela citenya. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, pelaburan dan penggunaan dinar emas akan menjadi satu kenyataan suatu hari nanti. Jadi takde salahnya kalau kita mulakan pelaburan dan penyimpanan dinar emas atau apa jua bentuk emas untuk kegunaan masa hadapan. Gold is real money, not fake as the currency. So sesape yang agak-agak nak mulakan menyimpan dinar emas ini, aku ada stock untuk dijual. Sesiapa yang berminat boleh hubungi aku di 019-2690109.
Untuk pengetahuan korang aku jumpa buku nie kat Kedai Popular dalam Tesco di Melaka masa on-the-way aku nak balik kampung. So maybe korang boleh cuba cari kat mana-mana cawangan popular atau MPH.
So ok duluk la buat kali nie. Insya-Allah next post aku ulas sikit pasal buku ke-2 tu.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy