Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan

Malam pertama kita...

Salam semua pembaca setia,

Dah ramai yang bercerita pasal emas nie, dan banyak gak saya tampalkan perkara-perkara dan artikel berkaitan emas nie. Untuk catatan kali ini berbeza sedikit... namun artikel ini adalah daripada seorang rakan. Sekadar berkongi untuk kita mempersiapkan diri kita untuk malam pertama kita nanti...

Berikut adalah artikel yang saya maksudkan.

Malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk
membacanya terus hingga ke akhir.

Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"
kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Bebaskah kita? Cuba kita nilai kebebasan kita.

Mari kita lihat sama ada kita ini bebas atau pun tidak. Sekadar berkongsi sebagai iktibar bersama.


The Arrivals Part 47 (Insan yang Bebas) - Malay Subs



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Hantaran Gubahan Al-Qur'an

Assalamualaikum para pembaca-pembaca budiman.

Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan melawati laman blog saya yang tidak seberapa ini. Insya-Allah saya akan cuba sajikan himpunan-himpunan, tip-tip, dan ilmu berkaitan dengan emas dan kelebihannya. Walau bagaimanapun kali ini saya akan cuba keluar sikit daripada cerita emas. Artikel yang saya kira wajib saya kongsikan sebagai panduan kepada pasangan-pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga. Artikel ini saya perolehi dari laman blog sahabat yang saya jumpa di SEDINAR'10. Rujukan asal boleh anda dapati di http://emassaudagar.blogspot.com/. Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada anda semua. Selamat membaca.

Kepada mereka-mereka yg nk menghantar dan menerime hantaran..Fikir-fikirkan

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.
"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an..

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ...

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta.. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad
"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..." jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih " detik hati Nabil.

" Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA... RIII..!! " berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah
menahan gelak.. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. " kedengar suara gemersik Ustaz Sa 'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa 'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa 'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Baca seterusnya

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) pernah bersabda:
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya ke atas kita semua.

Kesimpulan dari cerita tadi, saya dapat katakan jika kita membeli Al-Qur'an semata-mata untuk dijadikan barang hiasan tanpa membacanya dan mengamalkannya. Maka bagi saya adalah lebih baik kita berikan emas sebagai barang hantaran. Itu adalah lebih baik daripada menghina Al-Qur'an itu. Al-Qur'an bukan barang hantaran, tetapi ia adalah kitab yang perlu kita baca dan amalkannya sebagai panduan dalam hidup kita

Waallahualam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Why central banks hold gold?

Salam semua,

Ekoran catatan yang lepas berkaitan dengan negara yang menyimpan emas terbanyak, di sini saya ingin kongsikan lagi fakta yang menarik. Rujukan fakta ini ialah daripada http://www.reserveasset.gold.org/why_hold_gold/. Ianya menerangkan kenapa bank-bank pusat di seluruh dunia menyimpan emas. Tanya pada diri anda, kenapa anda tidak menyimpan emas, sedangkan bank-bank pusat di dunia berlumba-lumba menyimpan emas. Jadi nak simpan emas? Hubungi saya 019-2690109.

Why central banks hold gold

Monetary authorities have long held gold in their reserves. Today their stocks amount to some 30,000 tonnes - similar to their holdings 60 years ago. It is sometimes suggested that maintaining such holdings is inefficient in comparison to foreign exchange. However, there are good reasons for countries continuing to hold gold as part of their reserves. These are recognised by central banks themselves although different central banks would emphasise different factors.

Diversification

In any asset portfolio, it rarely makes sense to have all your eggs in one basket. Obviously the price of gold can fluctuate - but so too do the exchange and interest rates of currencies held in reserves. A strategy of reserve diversification will normally provide a less volatile return than one based on a single asset.
Gold has good diversification properties in a currency portfolio. These stem from the fact that its value is determined by supply and demand in the world gold markets, whereas currencies and government securities depend on government promises and the variations in central banks’ monetary policies. The price of gold therefore behaves in a completely different way from the prices of currencies or the exchange rates between currencies.

Economic Security

Gold is a unique asset in that it is no one else's liability. Its status cannot therefore be undermined by inflation in a reserve currency country. Nor is there any risk of the liability being repudiated.
Gold has maintained its value in terms of real purchasing power in the long run and is thus particularly suited to form part of central banks' reserves. In contrast, paper currencies always lose value in the long run and often in the short term as well.

Physical Security

Countries have in the past imposed exchange controls or, at the worst, total asset freezes. Reserves held in the form of foreign securities are vulnerable to such measures. Where appropriately located, gold is much less vulnerable. Reserves are for using when you need to. Total and incontrovertible liquidity is therefore essential. Gold provides this.

Unexpected needs

If there is one thing of which we can be certain, it is that today’s status quo will not last for ever. Economic developments both at home and in the rest of the world can upset countries’ plans, while global shocks can affect the whole international monetary system.
Owning gold is thus an option against an unknown future. It provides a form of insurance against some improbable but, if it occurs, highly damaging event. Such events might include war, an unexpected surge in inflation, a generalised crisis leading to repudiation of foreign debts by major sovereign borrowers, a regression to a world of currency or trading blocs or the international isolation of a country.
In emergencies countries may need liquid resources. Gold is liquid and is universally acceptable as a means of payment. It can also serve as collateral for borrowing.

Confidence

The public takes confidence from knowing that its Government holds gold - an indestructible asset and one not prone to the inflationary worries overhanging paper money. Some countries give explicit recognition to its support for the domestic currency. And rating agencies will take comfort from the presence of gold in a country's reserves.
The IMF's Executive Board, representing the world's governments, has recognised that the Fund's own holdings of gold give a "fundamental strength" to its balance sheet. The same applies to gold held on the balance sheet of a central bank.

Income

Gold is sometimes described as a non income-earning asset. This is untrue. There is a gold lending market and gold can also be traded to generate profits. There may be an "opportunity cost" of holding gold but, in a world of low interest rates, this is less than is often thought. The other advantages of gold may well offset any such costs.

Insurance

The opportunity cost of holding gold may be viewed as comparable to an insurance premium. It is the price deliberately paid to provide protection against a highly improbable but highly damaging event. Such an event might be war, an unexpected surge of inflation, a generalised debt crisis involving the repudiation of foreign debts by major sovereign borrowers, a regression to a world of currency and trading blocs, or the international isolation of a country.

How much gold?

This is a matter for countries and central banks to decide in the light of their particular circumstances. The international average is about 10.2% at current market prices but, in the EU it is over 50% and the USA holds around 75% of its reserves in gold. Countries facing particular volatility in their economic and/or political circumstances will want to consider the level of gold in their reserves.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Sambutan Ulangtahun Public Gold dan Majlis Pelancaran Public Silver dan Public Jewellery

Salam semua pembaca,

Untuk makluman semua Public Gold akan mengadakan Majlis Sambutan Ulangtahun dan pelancaran produk baru iaitu Public Silver dan Public Jewellery. Anda semua dijemput hadir. Memandangkan tempat adalah terhad, sila majukan nama, dan no. kad pengenalan untuk membuat tempahan. Berikut adalah butiran majlis tersebut.

Tarikh: 28 Februari 2010
Masa: 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat: Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya
Yuran Kemasukan: PERCUMA (Makanan dan minuman disediakan)

Apa yang bakal anda saksikan pada hari tersebut
1. Pelancaran Produk Public Silver - Anda dapat melihat jongkong perak seberat 1 kilogram
2. Pelancaran Public Jewellery - Anda akan dapat melihat produk barang kemas yang dijual oleh Public Gold pada harga emas semasa tanpa upah "workmanship". Peragaan barang kemas tersebut akan dilakukan oleh Duta Public Jewellery, Diana Danielle.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama memeriahkan majlis tersebut.
SMS Nama Penuh dan No. K/P kepada 019-2690109 untuk tempahan. Tempahan tempat duduk terhad kepada 500 orang sahaja. Jika anda bercadang membawa rakan anda bersama sila sertakan sekali Nama Penuh dan No. K/P rakan anda sekali.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Apa jadi pada harta kita bila kita meninggalkan dunia ini?

Salam semua pembaca,

Sekadar ingin berkongsi pengetahuan yang saya perolehi daripada seorang sahabat.

Tahukah anda, harta-harta anda seperti rumah, kereta, simpanan wang di dalam bank, di dalam ASB, di dalam Unit Amanah dan yang setaranya akan dibekukan bila anda meninggal dunia. Semuanya akan terbeku selama antara 1 hingga 7 tahun sebelum waris anda mampu menuntutnya. Jika ini berlaku apa akan terjadi kepada waris-waris anda tatkala mereka memerlukan wang apabila anda tiada lagi. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ke atas waris-waris anda? Apa tindakan anda sekarang? Tanya saya, insya-Allah saya akan cuba berkongsi pengetahuan tersebut.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Senarai Blog Tentang Emas di Malaysia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Hari ini semakin ramai mula “celik mata” mengenai emas , namun dalam waktu yang sama masih ramai yang tidak tahu/ragu-ragu tentang emas.Kalau kita lihat , secara online memang bidang emas semakin populor tetapi secara offline masih kurang.Ini kerana info/ilmu tidak sampai pada mereka yang tidak tahu kaedah akses maklumat secara online/internet.
So tugas kita semua , menyampaikan info/ilmu mengenai emas secara mulut ke mulut ( bukan bercium :) ).Kaedah ini amat mudah untuk dizahirkan sebagai contoh anda keluar minum bersama rakan anda , so daripada anda borak-borak kosong baik anda sampaikan info/ilmu tentang emas.Tidak rugi anda menyampaikan info/ilmu yang berguna pada rakan anda kelak anda juga akan menerima balasan.
Berikut adalah senarai blog mengenai emas di Malaysia yang saya sempat kumpulkan.Kalau ada yang tertinggal tolong masukkan di ruangan komen.Kalau sahabat salah seorang admin blog dibawah , sila copy url/artikel ini dan post di blog masing-masing bagi mempercepatkan proses “glamour”.
http://ww.jutawanduniaemas.com
http://www.emaskini.com
http://www.jutawanemas.com
http://www.pokli.com
http://www.gold2rich.com
http://goldemas.com/blog/
http://putremas.com/
http://www.jakethitam.com/
http://www.emasmalaysia.com/
http://blogemas.com/
http://www.issagold.com/
http://huza2u.blogspot.com/
http://www.simpanemaspublic.blogspot.com/
http://www.armootz.blogspot.com/
http://www.warungemas.com/
http://logamkaya.blogspot.com/
http://www.emasruncit.com/
http://www.knizambiz.com/
http://geng916.com/
http://kedaiemas.net/
http://www.rafizah.com/
http://www.emastulen.com/
http://emas916.com/
http://www.sahabatemas.blogspot.com/
http://www.issagold.com/


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Emas pelaburan Kedai Emas vs. Emas pelaburan Public Gold

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perbezaan membeli emas pelaburan di kedai emas dan membeli emas pelaburan di Public Gold. Yang mana lebih sesuai? Keputusannya di tangan anda. Anda berhak memilih yang mana anda suka. Saya sekadar berkongsi perbezaannya.






 

Perbezaan dari segi harga

Emas pelaburan di kedai emas akan menggunakan harga dari FGJAM iaitu RM142/gram (pada 5 Nov 2009) bagi emas 999 dan RM134/gram bagi emas 916.

Emas pelaburan di Public Gold menawarkan harga-harga berikut (pada 9 Nov 2009)
20gram emas 999 - RM2654 + RM10 (delivery) = RM2664 / 20gram = RM133.20/gram
50gram emas 999 - RM6603 + RM20 (delivery) = RM6623 / 50gram = RM132.46/gram
100gram emas 999 - RM13144 + RM30 (delivery) = RM13174 / 100gram = RM131.74/gram
1 Dinar emas 916 - RM550 / 4.25gram = RM129.41/gram
5 Dinar emas 916 - RM2739 / 21.25gram = RM128.89/gram
10 Dinar emas 916 - RM5455 / 42.5gram = RM128.35/gram

Perbezaan dari segi stok

Emas pelaburan di kedai emas amat terhad dari segi stok.
Emas pelaburan di Public Gold mudah memperolehi stok. Bilangan agen yang ramai akan memudahkan kita untuk mendapatkan stok

Perbezaan spread harga

Emas pelaburan di kedai emas mempunyai spread antara 15% - 25% (adalakalanya pihak tokey emas boleh meletakkan spreadnya tersendiri, bergantung kepada kedai emas)
Emas pelaburan Public Gold mempunyai spread antara 5% - 6%. Semua emas yang dijual Public Gold menerusi agen atau terus dari syarikat akan menggunakan spread yang sama.

Masalah tercalar, kemek atau patah

Kedai emas akan mengenakan tambahan potongan harga jika emas-emas yang mereka jual tercalar, patah atau kemek.
Public Gold akan menerima emas yang tercalar, patah atau kemek tanpa sebarang tambahan pada potongan harganya.


Saya rasa itu sahaja yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Jadi pilihan di tangan anda. Mana-mana sifu atau peniaga dan pelabur emas yang hendak menambah point-point di sini. Di persilakan. Sharing is caring. Right?

Wassalam

P.S : Post dari putremas menceritakan perincian yang menarik tentang perbezaan emas-emas pelaburan. Klik sini untuk melihat catatan beliau


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Beli barang kemas di kedai emas

Salam semua,

Alhamdulillah rezeki Allah melimpah ruah dalam dua tiga hari ini. Dapat saya jual 1 Dinar kepada 2 pelanggan saya. Seorang dari Kajang (En. Sharizam) dan seorang lagi dari Kesuma Lake (En. Hasnul). Tahniah!!! Anda telah mengambil satu langkah dan tindakan yang betul dalam melindungi simpanan dan kekayaan anda. Apa yang saya nak kongsikan pada kali ini adalah dari maklum balas En. Hasnul berkaitan dengan pembelian emas di kedai emas. Mungkin ramai juga antara kita yang telah mengalami perkara yang sama.

Hasil dari perbualan kami, maka saya boleh simpulkan di sini, agak kurang sesuai kalau kita beli barang kemas untuk dijadikan sebagai pelaburan. Antara maklum balas yang saya terima, kebanyakkan kedai emas agak keberatan untuk membeli semula barang kemas yang kita mahu jual. Apa yang mereka lakukan ialah mereka akan menawarkan pertukaran barang kemas lama kepada barang kemas yang baru. Untuk menjual barang kemas kepada kedai emas, agak sukar dilakukan. Kebanyakan tokey kedai emas tidak akan memberi wang kepada kita, tetapi sebaliknya menawarkan kita emas yang lain yang lebih mahal yang akan menyebabkan kita menambah wang kita untuk membeli emas yang baru. Dari sinilah agaknya para tokey kedai barang kemas ini membuat keuntungan.

Ini berlainan dengan emas yang dijual oleh institusi yang menjual emas pelaburan seperti Public Gold, UOB, Dinar Kelantan dan sebagainya. Institusi-institusi ini dengan senang hati akan membeli semula emas pelaburan dalam simpanan kita tanpa banyak soal. Tanpa menawarkan emas yang baru sebagai pertukaran. Kita tidak akan menghadapi masalah dalam menjual semula emas pelaburan yang kita miliki.

Jadi fikir-fikirkanlah apabila anda mahu membeli emas sebagai pelaburan. Pilihlah yang mampu memberi keuntungan yang maksimum pada pelaburan anda.

Apa lagi, hubungi saya di 019-2690109 untuk maklumat lanjut berkenaan emas pelaburan yang sesuai untuk anda.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Roti pulak naik harga

Salam tahun baru,

Haha....belum sempat kenaikan harga gula dirasai oleh orang ramai, kini harga roti pula naik. Inilah hadiah yang kita terima untuk 2010 ini. Belum pun seminggu tahun baru bermula, kenaikan sudah mula terasa. Lepas ini apa pula barang yang akan mengikuti jejak langkah gula dan roti ini. Ok la, saya tak nak komen panjang-panjang pasal perkara ini. Apa yang saya mahu katakan ialah, jika anda masih belum sedar akan sistem wang kertas, carilah lagi ilmu, pelajarilah dengan lebih mendalam. Jika anda sudah sedar akan kelemahan-kelemahan wang kertas ini, apa lagi mulakan simpanan wang anda dalam bentuk emas dan bagi yang dah mula menyimpan tambah simpanan anda bila anda punyai wang. Jangan tunggu lagi. Bertindak segera.

Ingat kisah kejatuhan Lehman, apa jadi pada pendeposit di Lehman. Hilang segala-galanya. Tiada lagi wang di akaun melainkan kerajaan US membantu. Dengan emas kerisauan ini dapat dihindari kerana emas itu dalam simpanan kita sendiri. Kita bebas mengawalnya. Tiada syarat-syarat dari pihak ketiga atau kedua. Kita sendiri yang mengawal segalanya. Jadi mari tukar simpanan anda dalam bentuk emas.

Hubungi 019-2690109 untuk lock harga emas.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Harga gula naik RM0.20. Laporan Buletin Utama

Salam semua,

Hari ini di buletin utama melaporkan kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilo bermula esok. Dilaporkan juga kenaikan ini tidak akan mempengaruhi jaringan kenaikan pada barang-barang lain. Adakah kita boleh terima kenyataan ini? Tanya diri anda sendiri. Adakah mustahil harga kuih-muih yang menggunakan gula akan kekal. Kita lihat sahaja kesannya.

Pandangan saya tentang perkara ini ialah bukan harga gula yang naik, tetapi lebih kepada nilai wang kita yang menyusut lagi. Kita perlu tambah lebih banyak wang untuk membeli gula iaitu sebanyak RM0.20 lagi. Di sini menunjukkan lemahnya sistem wang kertas dalam menyimpan nilainya. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Mulakanlah simpanan anda dalam bentuk EMAS, insya-Allah perkara-perkara sebegini akan menjadi suatu yang tidak akan membimbangkan anda. Kerana bila harga barangan naik, harga perkhidmatan naik dan segala-galanya naik maka sebenarnya harga EMAS juga akan naik. Jadi kita tidak perlu risau akan kenaikan apa jua barang dan perkhidmatan.

Apakah yang menyebabkan anda kekal dalam keadaan tunggu dan lihat tanpa apa-apa tindakan. Bertindak sekarang, anda mampu mengubah segalanya.

Hubungi saya di 019-2690109 untuk maklumat lanjut ataupun jika anda berminat untuk memulakan atau menambah simpanan EMAS anda.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Berita TV9 melaporkan orang ramai berpusu-pusu membeli barang kemas untuk pelaburan

Salam,

Sekadar berkongsi pandangan.

Satu perkara telah menarik perhatian saya semasa menonton berita jam 8 mlm di TV9. Salah satu kandungan berita tersebut telah melaporkan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke sebuah kedai emas yang menawarkan diskaun sehingga 70% ke atas emas yang dijual di premis mereka. Walaupun kita sedia maklum, harga emas pada masa kini agak tinggi, tetapi kita dapat lihat orang tetap membelinya. Oleh yang demikian tiada istilah mahal dalam membeli barang kemas ataupun emas pelaburan.

Laporan ini juga telah mendapatkan pandangan orang ramai tentang emas. Ada yang mengatakan yang mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan. Antaranya menyatakan jika memerlukan wang mereka boleh menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Dan ada juga yang menyatakan mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan, iaitu bila harga naik, emas tersebut boleh dijual semula. Di sini kita dapat lihat kesedaran orang ramai tentang pelaburan emas telah bertambah baik. Namun demikian jenis emas yang mereka pilih untuk pelaburan emas ini adalah kurang tepat kerana mereka memilih barang kemas sebagai emas yang hendak dijadikan pelaburan. Walahal pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli emas pelaburan dalam bentuk jongkong/wafer emas 999 ataupun syiling emas atau dinar emas 916. Di mana harganya adalah lebih rendah berbanding barang kemas di kedai emas, dan jualan semula hanya ditolak 5% - 6% berbanding kedai emas yang menolak harga jualan sehingga 15% - 25% dan adakalanya sehingga 40%. Ini sudah tentu amat merugikan.

Di sini saya boleh katakan bahawa, walaupun kesedaran tentang emas nie telah meluas di kalangan orang kita, namun kesedaran dan pengetahuan untuk memilih emas yang hendak dibeli masih kurang. Ini jelas apabila ramai orang masih kurang pengetahuan tentang emas pelaburan yang sebenar yang mampu memberi keuntungan yang lebih baik berbanding barang kemas.

Oleh yang demikian sudah menjadi tanggungjawab kita (pelabur dan peniaga emas pelaburan) sebagai orang yang lebih berpengetahuan dalam emas untuk memberikan penjelasan dan penerangan bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada orang ramai. Dengan demikian, orang ramai akan lebih berpengetahuan dalam menentukan alternatif-alternatif emas yang terbaik yang mereka boleh gunakan sebagai pelaburan yang lebih baik dan lebih menguntungkan.

Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Di dalam golongan manakah anda "Short-term Trader" atau "Investor"

Salam,

Mari kita lihat perbezaan antara "Trader" dan "Investor" emas. Sesuatu yang perlu kita fikirkan dan tentukan kerana ini bakal mencorak cara dan tindakan kita. Adakah kita mahu jadi kedua-duanya atau menjadi salah satu daripadanya.


Sebagai "Short-term Trader" yang menggunakan instrument leverage, seperti "gold futures", sudah tentunya pergerakan harga sangat memainkan peranan yang sangat penting bagi membolehkan anda memperolehi keuntungan. Maka jika tersilap langkah dalam membaca pasaran akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Walau bagaimanapun sebagai seorang "investor" turun naiknya harga emas adalah sesuatu yang anda tidak perlu bimbangkan. Ini adalah kerana pada harga naik, anda membuat keuntungan dan pada harga menurun pula anda akan melihatnya sebagai peluang untuk membeli dan menambah lebih banyak emas dalam simpanan anda. Jadi nak menambah emas anda? Boleh hubungi saya 019-2690109.

Jadi di golongan manakah anda? Kongsi pendapat anda pada ruang komen. 


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Ahlan Wasahlan Hijrah 1431

Salam semua pembaca,

Catatan kali ini cuma mahu mengingatkan sahabat-sahabat semua serta diri saya sendiri tentang bakal munculnya tahun baru bagi kalendar Hijrah (kalendar Islam).

Insya-Allah 1 Muharam 1431, akan muncul beberapa jam sahaja lagi. Marilah kita muhasabah diri, imbas kembali apa yang telah kita lakukan dan kerjakan dalam tempoh setahun ini. Perbaikilah apa jua kekurangan dan bersyukurlah atas apa kejayaan semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT. Sesungguhnya amalan-amalan kita telah dicatit oleh Allah SWT sebagaimana kita biasa mencatit di dalam blog-blog kita. Cuma lagi catatan Allah itu maha terperinci berbanding catatan kita pada blog-blog kita. Betapa kerdilnya kita, walhal segala catatan peribadi kita sendiri pun kita tak mampu mencatatkannya satu persatu. Sesungguhnya Allah SWT itu maha berkuasa.

Marilah kita amalkan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga kehidupan kita sentiasa memperoleh berkat dari Allah SWT. Saya lampirkan maksud doa bagi membolehkan kita lebih mendalami dan menghayati doa yang kita lafazkan.

Cara amalan

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"



Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.


Wallahualam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Garis panduan membeli emas daripada JutawanDuniaEmas


Berikut adalah garis panduan yang boleh anda gunakan untuk melakukan pembelian emas daripada JutawanDuniaEmas. Klikkan pada gambar untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas akan garis panduan tersebut.



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

My business Kad - Sesiapa berminat?

Salam pembaca,

Just nak share the design of my bizz card khas untuk peniaga emas. What do you guys think? Kalau ade sesape yang berminat nak guna design nie. Boleh bagitau aku.... Hehe... charge sikit boleh ek... tak mahal, murah je...sape nak boleh contact aku di 019-2690109 atau ym: shahrul76 atau e-mel: jebartzz@gmail.com. Buat masa sekarang nie tengah promotion, harga cuma RM10 untuk ubah content dia dan tambahan2 content yang korang nak(design sama) dan RM40 untuk tempahan sebanyak 300 keping (Promosi terhad, kalau nak cepat. Promosi boleh tamat bila-bila masa sahaja, bergantung kepada quota). Klik atas imej untuk melihatnya dengan lebih jelas.




Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

www.jutawanduniaemas.com

Untuk makluman semua,

Laman blog aku semakin berketerampilan dengan pendaftaran domain name sendiri.

Aku kini di www.jutawanduniaemas.com


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

JebartzzGold --> JutawanDuniaEmas

Salam semua,

Pertama sekali aku nak ucapkan selamat datang ke blog baru aku yang lebih berketerampilan (harap-harap gitula yek). Anyway aku mintak maaf sebab membuat pertukaran ini. Bagi yang dah letakkan link blog aku dalam blog korang, harap korang boleh modify sikit ke http://jutawanduniaemas.blogspot.com.

Bukan ape aku cuba mencari identiti aku. So selepas banyak mencari dan brainstorm, maka aku membuat keputusan memilih identiti ini. Bukan aku nak meniru jutawan emas punya identiti... tapi kalau tiru pun apa salahnya tak.... hehe nak ambik aura. Insya-Allah akan jadi jutawan di dalam dunia pelaburan emas. So harap korang doa-doakanlah kejayaan aku. Insya-Allah aku pun tak lupa mendoakan kejayaan sahabat-sahabat. semua.

Okey la... apa pun selamat datang ke tempat baru. Harap tempat baru akan memberi azam baru yang lebih kuat dan berdaya saing demi kejayaan dunia dan akhirat.

Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy