Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Beli barang kemas di kedai emas

Salam semua,

Alhamdulillah rezeki Allah melimpah ruah dalam dua tiga hari ini. Dapat saya jual 1 Dinar kepada 2 pelanggan saya. Seorang dari Kajang (En. Sharizam) dan seorang lagi dari Kesuma Lake (En. Hasnul). Tahniah!!! Anda telah mengambil satu langkah dan tindakan yang betul dalam melindungi simpanan dan kekayaan anda. Apa yang saya nak kongsikan pada kali ini adalah dari maklum balas En. Hasnul berkaitan dengan pembelian emas di kedai emas. Mungkin ramai juga antara kita yang telah mengalami perkara yang sama.

Hasil dari perbualan kami, maka saya boleh simpulkan di sini, agak kurang sesuai kalau kita beli barang kemas untuk dijadikan sebagai pelaburan. Antara maklum balas yang saya terima, kebanyakkan kedai emas agak keberatan untuk membeli semula barang kemas yang kita mahu jual. Apa yang mereka lakukan ialah mereka akan menawarkan pertukaran barang kemas lama kepada barang kemas yang baru. Untuk menjual barang kemas kepada kedai emas, agak sukar dilakukan. Kebanyakan tokey kedai emas tidak akan memberi wang kepada kita, tetapi sebaliknya menawarkan kita emas yang lain yang lebih mahal yang akan menyebabkan kita menambah wang kita untuk membeli emas yang baru. Dari sinilah agaknya para tokey kedai barang kemas ini membuat keuntungan.

Ini berlainan dengan emas yang dijual oleh institusi yang menjual emas pelaburan seperti Public Gold, UOB, Dinar Kelantan dan sebagainya. Institusi-institusi ini dengan senang hati akan membeli semula emas pelaburan dalam simpanan kita tanpa banyak soal. Tanpa menawarkan emas yang baru sebagai pertukaran. Kita tidak akan menghadapi masalah dalam menjual semula emas pelaburan yang kita miliki.

Jadi fikir-fikirkanlah apabila anda mahu membeli emas sebagai pelaburan. Pilihlah yang mampu memberi keuntungan yang maksimum pada pelaburan anda.

Apa lagi, hubungi saya di 019-2690109 untuk maklumat lanjut berkenaan emas pelaburan yang sesuai untuk anda.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

1 comments:

Put3nia Sabtu, 09 Januari, 2010

~salam..
saya nak tnye sikit ni..admin selau p servey harga emas kat kedai x? biase berape tokeh tu amik harga upah untuk sebentuk cincin? n paling kurang kita leh bg harga upah tu berape sen erk..(pling minimum klu nak cekek tokeh tu dapat free mng yg paling best)

sy xde mase nak p servey harga kat kedai..klu en tahu bleh bgitau x?..

can remind me @ my blog..