Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Wealth File #1

Wealth File #1:

Rich people believe "I create my life."
Poor people believe "Life happens to me."


If you want to create wealth, it is imperative that you believe that you are at the steering wheel of your own life, especially your financial life. If you don't believe this, then you must inherently believe that you have little or no control over your life. Therefore, you have little or no control over your financial success. This is NOT a rich attitude.

Instead of taking responsibility for what is going on in their lives, poor people choose to play the role of the victim.

How can you tell when people are playing the victim? There are 3 obvious clues:

Victim Clue #1: They Blame
Victim Clue #2: They Justify
Victim Clue #3: They Complain

Sound familiar? Have you ever seen anyone behave like that? Blaming, justifying and complaining are nothing more than stress reducers; misguided attempts to alleviate the stress that comes from failure. Think about it: if a person were not failing in some way, would they need to blame, justify or complain? The obvious answer is NO!

By the way, have you ever noticed that there's no such thing as a really rich victim?
If you have chosen to seek wealth in life, it is imperative that you choose your thoughts and words wisely.

P.S.: There are 17 wealth files that we need to install into our mind. I will share it one by one.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Bagaimana nak jadi jutawan?

Salam semua,

Aku belajar nie daripada T. Harv Eker.


Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth

Bagaimana kita boleh jadi jutawan?
Bolehkah kita jadi jutawan?
Layakkah aku menjadi jutawan?

Kesemua persoalan untuk menjadi jutawan adalah bergantung kepada cara pemikiran kita. Contoh jika kita suka bekerja sebagai pensyarah, maka kita kenalah berfikiran sebagai seorang pensyarah. Jadi kita kena berfikir bagaimana nak meningkatkan mutu kualiti pengajaran, bagaimana nak merancang pengajaran, dan pelbagai lagi perkara yang kita kena fikirkan. Seorang pensyarah mesti suka menulis, mesti suka mengajar dan sebagainya. Jadi jika kita nak jadi jutawan kita perlu berfikir bagaimana seorang jutawan itu berfikir. Insya-Allah dalam catatan akan datang aku akan cuba kongiskan juga apa yang digelar sebagai "Wealth Files" yang kita perlu "install" ke dalam minda kita untuk menjadikan pemikiran kita sama dengan pemikiran seorang jutawan.

Just copy what the millionaire have done to be success, we don't need to reinvent the wheel.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Masalah sistem mata wang kertas

Tahukah anda?

Sistem kewangan dunia diselubungi pelbagai masalah dan kesulitan apabila mengamalkan sistem mata wang fleksibel atau terapung pada tahun 1973.

Baca kisah kegagalan wang kertas di link berikut.
http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

Matawang Hungary. Nilai 10,000 Huf ini bersamaan lebih kurang 40 Euro/USD50

Matawang zimbabwe

Hyper-inflasi di Zimbabwe

Matawang Indonesia (Jiran terdekat kita)

Kegagalan wang di Jerman, Hungary, Chile, Argentina, Peru, Angola, Belarus, Zimbabwe dan banyak lagi yang bakal menyusul. Untuk pengetahuan anda penggunaan wang kertas di dunia baru menjangkau 80 tahun tetapi kegagalan demi kegagalan berlaku.

Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa ini. Kita perlu melindungi negara kita daripada peristiwa-peristiwa begini. Jadi apa yang kita boleh lakukan. Lakukan la semampu kita dengan memulakan simpanan kita dalam bentuk emas atau Dinar Emas. Tukarkan wang kertas kita dengan Dinar atau Emas. Sesungguhnya Dinar itu adalah matawang sunnah yang telah digunakan dengan jayanya semenjak zaman Rasulullah SAW. Ketahanannya dalam ekonomi umat Islam telah menjangkau lebih 1400 tahun. Insya-Allah dengan tindakan yang sekecil ini kita dapat membantu diri kita, agama, masyarakat dan negara.


"To save your family, buy gold. To help your nation, keep gold. To follow your religion, use gold"
(Quote by Louis Ng., Founder of Public Gold)



Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Info Dinar Emas

Tahukah anda?

Dinar emas merupakan mata wang logam yang berbentuk kepingan syiling emas yang ditempa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Sayidina Umar Al-Khatab. Dinar emas diperbuat daripada emas tulen 22 karat atau emas jenis 916.6 dengan berat 4.25 gram bagi setiap keping dinar. Ia dikenali sebagai mata wang syariah umat Islam.

1 Dinar Emas (Public Dinar)
Berat: 4.25 gram
Ketulenan: 916.6

5 Dinar Emas (Public Dinar)
Berat: 21.25 gram
Ketulenan: 916.6

10 Dinar Emas (Public Dinar)
Berat: 42.5 gram
Ketulenan: 916.6


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Kelebihan-kelebihan Dinar Emas

  1. Mata wang berbentuk komoditi - Ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan.
  2. Mempunyai nilai benar dan tetap - Ia mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan.
  3. Bebas daripada inflasi - Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Wang sebenar iaitu wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.
  4. Mencegah spekulasi - Ini adalah berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain.
  5. Wujud kebebasan pertukaran emas - Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.
  6. Pertukaran mata wang antara negara akan stabil - Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.
  7. Percetakan wang kertas akan terhad - Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.
  8. Piawaian mata wang dunia hanya bersandarkan kepada nilai emas - Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.
  9. Menyumbang kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam - Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul.
  10. Bebas daripada unsur riba - Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
  11. Tiada unsur "Gharar", spekulasi, perjudian dan manipulasi mata wang - Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
  12. Berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran - Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.

Sekadar berkongsi.
sumber rujukan:
Dinar Emas, Realiti semasa penggunaanya di Malaysia oleh Salmy Edawati Yaacob & Ab. Mumin Ab. Ghani


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Kewajipan Zakat

Salam semua,

Aku kongsikan satu hadis yang menjelaskan tentang wajib zakat ke atas emas dan perak.

Rasulullah SAW bersabda,

Diriwayatkan daripada Sayidina Ali Ibn Abi Talib, Nabi SAW telah bersabda:

"Apabila kamu mempunyai 200 dirham, telah sampai tempoh (haul) padanya dikenakan lima dirham dan tidak dikenakan apa-apa (emas) sehingga kamu mempunyai 20 dinar dan dikenakan sebanyak separuh dinar apabila mencukupi tempohnya."

Sekadar berkongsi.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Wealth Principle #1

"Your income can grow only to the extent you do!"

Maksudnya pendapatan kita hanya akan berkembang setakat mana yang kita kerjakan. Jika kita rajin, bijak dan kreatif maka akan bertambahlah pendapatan kita. Peribadi kita, cara kita berfikir dan apa yang kita percaya merupakan faktor kritikal yang menentukan kejayaan kita. Jika kita selesa dengan apa yang ada, maka setakat itulah sahaja pencapaian kita.

Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy