Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri akhir

Anda menjadi hamba dengan baki hutang berganda-ganda, rumah & masa hadapan tergadai, keluarga porak poranda, dan segala harta persendirian serta pusaka dipegang insolvensi. Setiap sen akan dikembalikan kepada bank sehingga selesai keseluruhan tuntutan bersama faedah perbicaraan berterusan. Kerajaan pula terus menerus meningkatkan hutang untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat, dan akhirnya menjadi hamba serta terpaksa melepaskan pelbagai keistimewaan negara kepada mereka.

Oleh itu dan atas dasar ini perbankan Islam mendapat sambutan hangat seperti goreng pisang panas oleh bank kafir daripada pelbagai bangsa. Orang kafir sendiri tidak dapat berfikir seadvance ini! Mereka terkejut dan walaupun menolak Islam dan mengatakan Islam terrorist, tetapi mereka meloncat-loncat kegembiraan dengan keuntungan tidak masuk akal melalui sistem perbankan Islam! Keuntungan 30 tahun dicapai dalam masa 1-2 tahun dengan memfailkan saman secepat mungkin. Menakjubkan! Keuntungan lumayan walaupun meluluskan pinjaman kepada mereka yang tidak layak kerana terdapat penyerahakkan rumah (assignment) dan keingkaran berlaku seawal pembinaan rumah. Tersangat menakjubkan!! Sentiasa keuntungan berbillion!

Inikah dinamakan sistem Islam diredhai Allah swt atau dusta semata-mata? Bagaimana sistem ciptaan Knights Templar boleh berkait dengan Allah swt? Apakah kemunasabahan sistem yang melakukan kerosakan diredhai Allah swt? Adakah Islam menghalalkan kehidupan sebagai parasit? Adakah sistem ini berdasarkan Ekonomi Kapitalis atau Ekonomi Islam? Adakah keputusan ulama-ulama perbankan berdasarkan fakta semasa di atas menggambarkan Islam yang kita fahami dari Al-Quran & Sunnah, atau menggambarkan keimanan kepada Islam Kitab (man-made religion)? Bagaimana pula mereka yang berhujah tidak praktikal menggunakan Dinar Emas (atau Sunnah Money) dan kerana itu negara terpaksa meneruskan sistem sekarang ini. Aduhai!! Adakah ianya praktikal membankrupkan diri sendiri dan negara? Adakah praktikal menggunakan sistem yang menjadikan kita hamba? Adakah praktikal menggunakan sistem yang mana hutang pasti tidak dapat dibayar? Alasan yang sangat tidak munasabah dan berganda-ganda lebih tidak praktikal. Namun itu, saya biarkan saudara saudari tentukan sendiri.

Bagi pendapat peribadi saya mereka ini mengemukakan hujahan dan tafsiran yang berubah 180 darjah daripada Islam yang kita fahami daripada Al-Quran dan Hadis. Oleh itu seseorang itu mungkin kena menjadi buta dan pekak untuk mengiktiraf kekejaman parasit ini sebagai sesuatu disukai Allah swt yang Maha Agung dan kekasihNya Rasulullah saw.  Malahan saya berpendapat sebegitu hina ulama perbankan mengaitkan makhluk parasit ciptaan Iblis dan penganutnya dengan kesucian Allah swt dan Rasulullah saw.

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.” Al-Quran: Al-Baqarah: 79 (turut rujuk artikel bagi mengenali ulama sejati – Mengejar Dunia dengan Amalan Akhirat adalah Kesyirikan, Siapa Para Ulama, Ciri-ciri Ulama)

Kerana itu hadis menyatakan “ulama di zaman masjid tersergam indah” adalah sejahat-jahat makhluk di bawah naungan langit, iaitu makhluk terjahat daripada semua makhluk. Sejahat-jahat Iblis masih tidak menghina dan takut kepada Allah swt apabila terlebih dahulu meminta kebenaran menyesatkan manusia; Al-A’raaf:14-15. Sejahat-jahat Iblis masih bercakap benar dan menghormati Rasulullah saw. Namun itu mereka ini menggunakan ilmu agama yang mereka pelajari sebagai permainan dan hiburan, dan berusaha mencabut agama daripada diri setiap umat Islam. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw;

“…Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…” (H.R al-Baihaqi)

Oleh itu apakah yang akan kita lakukan ke atas penghinaan ini? Berdiam diri dan tidak berdiri untuk agamanya? Maka perbuatan  sama akan berlaku di akhirat nanti apabila Allah swt pula langsung tidak mahu memandang kita. Benarlah hadis di “zaman masjid tersergam indah” Islam hanya sekadar nama dan Al-Quran sekadar tulisan kerana tiada yang berdiri untuk agamanya. Mereka tidak beramal sebenar (pengabdian) dan hanya berdiri untuk bangsa, pangkat, kekayaan dan kekuasaan. Oleh itu dan apabila kita “tidak menghiraukan keselamatan agama Islam“, maka “Allah Taala juga tidak hiraukan keselamatan kita lagi di akhirat“.

Maksudnya: “…Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan“.

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami HANYALAH orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka SEGERA merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur…”; al-Quran: as-Sajdah:11-15


Bagi mereka yang beriman, marilah bersama “gerakkan lidah” memuji Allah dengan membawa kebenaran. Mari bersama berdakwah dan sebarkan maklumat melalui email atau letakkan link artikel pada halaman anda. Moga-moga orang beriman berkelayakan mengubah undang-undang dan memegang jabatan tertentu terbaca dan mula sedar bahaya mendatang serta membuat perubahan positif untuk melindunginya.
Wallahu a‘lam bish-shawab.

Bacaan Tambahan

Skop dan dosa ditanggung akibat mengamalkan riba:
“…Riba itu mempunyai 73 jenis; sedangkan yang paling ringan adalah seperti seseorang yang bersetubuh dengan ibunya…” (HR Ibnu Majah dan Al-Hakim)
“…Satu dirham (RM14) yang diperoleh seseorang dari hasil riba lebih besar dosanya 36 kali daripada perbuatan zina dalam Islam…” (HR al-Baihaqi)
.
Fakta A: Pinjaman rumah dan kereta berjumlah $300, campur riba lebih kurang $600k. Jumlah ini bersamaan $42,857 dirham.  Oleh itu menanggung dosa berzina sebanyak 1,542,852 juta kali.
.
Fakta B: Perbelanjaan $3k sebulan selama 50 tahun.  Jumlah ini bersamaan $1.8 juta, dan bersamaan $128,571 dirham. Oleh itu menanggung dosa berzina sebanyak 4,628,571 juta kali.
.
Fikir-fikirkan:
Bagaimana pula riba daripada gula atau setiap butir beras yang kita makan setiap hari, iaitu beras yang dibeli dengan harga kawalan kerajaan (harga paksa)? Penganiayaan ke atas titik peluh dan usaha petani? Ini juga adalah riba!!

Selainnya, bolehkah kita mengakui diri beriman, atau mengakui kita orang Islam jika status kita sedang berperang menentang Allah swt dan Rasulullah saw? Adakah ibadah selama ini diterima? “..Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya PEPERANGAN dari Allah dan RasulNya…”; al-Baqarah:279. Fikirkanlah… (video)


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: