Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 3

Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam bukunya Tipu Daya halalkan Riba atau Fawa’id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab Media,Terbitan 1997 menyatakan:

“..ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan… Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang memakan dan yang diberi makan (maksudnya bank hidup seperti parasit dengan tidak tahu berusaha sendiri untuk hidup, tetapi berusaha menghisap darah dan memerah titik peluh orang lain untuk hidup, dan kemudiannya memusnahkan mereka yang bekerja untuk memberinya kehidupan)…”; Dr Yusuf Al-Qaradawi

Bayangkan dahulunya bank berasal daripada individu perseorangan. Seluruh masyarakat kampung berusaha mencari rezeki tetapi individu ini hidup goyang kaki memerah titik peluh orang lain untuk hidup senang. Mereka menggunakan konsep “money work for you” dan mewujudkan situasi hutang tidak berupaya dibayar untuk merampas aset dan hartanah.

Kita dapat hidup jika dilepaskan seorang diri di dalam hutan, tetapi parasit bank mati kebuluran kerana tidak tahu berusaha sendiri mencari makan. Inilah sifat parasit dan Allah swt memberikan gambaran parasit seperti di bawah (konsep riba):

“…Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya…”; an-Najm:39

Melalui konsep parasit “money work for you“, mereka yang bekerja dengan titik peluhnya berhutang untuk menaiki kereta kancil dan tinggal dirumah burung merpati, tetapi mereka yang tidak bekerja tinggal dibanglow tepi pantai dengan berbiji-biji Mercedes.

Kembali kepada nilai rumah RM100k dan perbankan Islam al-Bai-Bithaman Ajil, kita mengambil angka terdekat RM400k sebagai Harga Jualan kepada Peminjam. Sekarang kita teruskan dengan rasional larangan riba dan perbankan Islam. Kita akan melihat bagaimana permainan mereka bukan setakat itu sahaja, tetapi jauh lebih dasyat dan advance daripada orang-orang kafir Yahudi dan Kristian. Kita akan meninjau rasional dan menentukan sendiri sejauh mana kebenaran dakwaan ulama perbankan bahawa “makhluk parasit” ini diredhai Allah swt .

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: