Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Guna duit emas dan perak untuk membeli belah

Salam semua pembaca,
Satu artikel yang menarik perhatian saya. Timbul persoalan dibenak fikiran saya. Adakah ini suatu yang mustahil? Sudah tentu tidak. Jika mustahil bagaimana sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat yang berada di dalam kelompok miskin mampu melaksanakan sistem ini. Sedangkan kita yang boleh dikatakan yang mempunyai rakyat yang berada di atas tahap kemiskinan tidak mampu untuk melakukannya. Apa masalah kita? Tidak perlu menunggu kerajaan mengumumkan penggunaannya. Mari kita ikut serta usaha dalam mengembalikan sistem kewangan dengan menggunakan emas dan perak dalam masyarakat kita. Sistem yang sudah pastinya lebih adil dan berkesan. Baca artikel di bawah tentang pelaksanaan sistem tersebut oleh segelintir sahaja masyarakat. Tidak melibatkan kerajaan.

Guna duit emas, perak beli-belah barangan



SABENI (kanan) berdiri dekat notis di kedai farmasinya yang menyatakan dia menerima dinar emas dan perak di Cilincing, utara Jakarta pada 27 Januari lalu.



JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.
Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.
Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.
Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).
Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.
"Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.
Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.
Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP
Apa kata, untuk memulakan langkah kita, kita mulakan dengan keluarga kita. Saya secara peribadi telah merancang untuk menggunakan dirham sebagai duit raya pada Hari Raya yang akan datang. Insya-Allah perancangan saya untuk memberikan 1 dirham kepada anak-anak saudara saya sebagai duit hari raya adalah untuk mendidik mereka dan membiasakan mereka dengan wang perak. Semoga usaha ini akan secara tidak langsung mendidik keluarga mereka untuk sama-sama menyimpan emas dan perak. Harta yang lebih berharga berbanding wang kertas. Hubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk anda melaksanakannya. Insya-Allah saya boleh berkongsi perancangan saya.

Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

2 comments:

zAi....ibu of aLiFf , aInNa and aQiM Isnin, 22 Februari, 2010

wah....dahsyat ye...besarnya kuasa emas nih....

Jebartzz Jumaat, 05 Mac, 2010

memang dahsyat... kalau diimbau kembali... 1 dinar lebih 1400 tahun yang lalu boleh digunakan untuk membeli seekor kambing, kini tahun 2010 1 dinar masih jugak dapat membeli seekor kambing... kan power tu...