Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Bagaimana nak menambah emas dengan bantuan Ar-Rahnu (Oleh Geng916)

Salam semua pembaca blog JutawanDuniaEmas. Sekali lagi saya terpanggil berkongsi satu kaedah dan teknik yang saya kira baik untuk saya kongsikan bersama anda semua. Teknik menambah emas dengan bantuan Ar-Rahnu ini adalah hasil nukilan saudara Hasfarizan daripada blog Geng 916. Apa yang beliau kongsikan memang dapat dilakukan oleh semua orang. Sangat praktikal dan mudah untuk dilaksanakan. Mungkin yang berminat boleh terus membaca catatan yang ditulis oleh beliau. Saya sertakan artikel beliau di bawah untuk memudahkan anda membacanya. Jika berminat untuk melihat sumber sebenar, anda boleh baca di link berikut
http://geng916.com/2010/02/bagaimana-nak-menambah-emas-dengan-bantuan-ar-rahnu/

Selamat membaca dan menambah ilmu.

Assalammualaikum…salam emas kepada semua pembaca…Geng minta maaf kerana tidak dapat menulis apa-apa yang terbaru tentang emas..maklum la..sejak kebelakangan ini  macam-macam pekara yang telah geng lalui…ada baik ada buruk..ada gembira ada duka…tapi life must go on…toward future….
Pada kali nie gang nak bercerita mengenai bagaimana kita nak beli emas dengan bermodalkan 35% sahaja dari kewangan kita…kisah nie adalah update dari kampen 1Bulan 1 Dinar yang geng war-warkan selama ini…cuma ini info terkini… penambah baikan dari artikal geng yang bertajuk

Macam mana nak buat keuntungan dengan emas?Part 2 maybe finale

Oleh itu pengiraan dahulu tidak digunakan…ini adalah pengiraan terkini seperti biasa kaedah ini masih lagi mengunakan 1 dinar dan wang simpanan RM500…kena ada 1 dinar dulu baru boleh berjaya….Geng guna 1 dinar adalah kerana ini adalah emas yg murah untuk diperolehi oleh golongan-golongan sasaran geng…lokasi di KPMNJ JB (KOPERASI PEMODALAN MELAYU NEGERI JOHOR)

Ok caranya….
1 ) lock harga emas baru melalui agen yg anda kenal

2) bawa 1 dinar ke Ar-Rahnu KPMNJ dengan sijil ketulinan..

3)pegawai Ar-Rahnu akan buat kiraan…cthn nya pada hari itu harga emas gadaian 916 adalah RM129. (makluman 1 dinar adalah emas 916 dan beratnya adalah 4.25g)
cth kiraan:-
4.25 x RM129.00 = RM548.25 (harga mahrumnya)
dapat ditangan adalah 65% drpd jumlah harga mahrumnya…..548.25 x 65% = RM 356.36 ( inilah nilai yang kita dapat)

4) tempoh matang penebusan adalah 6 bulan..walupun dalam bila-bila masa boleh tebus..tetapi suka geng cadangakan eloklah dibayar secara ansuran selama 6 bulan mengikut tempoh matang…tetapi Ar-Rahnu akan kenakan upah simpan kepada emas yg kita gadai tadi…di KPMJ upah simpanya adalah mengikut nilai jumlah marhumnya…dimana jika jumlah nilai marhumnya diBAWAH RM1000 upah simpanya adalah 0.65% dari harga marhum….manakala jika nilai marhumnya di ATAS RM1000 upah simpannya adalah 0.7% dari harga marhum tadi..jadi 1 dinar nilai upah simpannya:-
cth kiraan:-
jumlah marhum 1 dinar = RM548.25
upah simpannya 0.65%
jadi 0.65% x RM548.25 = RM3.57 sebulan…jadi 6 bulan…RM3.57 x 6= RM21.42 sahaja (boleh bayar terus)

ok untuk tebus emas adalah duit dari 65% tadi dibahagi 6 bulan…..RM 356.36 / 6 = RM59.39/bln
jadi sebulan kita kena bayar RM59.39 + RM3.57 = RM62.96…cincai kira RM63/bulan sahaja untuk tebus 1 dinar tadi..

5) dengan duit ditangan yang kita dapat dari pajakan 1 dinar tadi….kita gunakan bayar 1 dinar yang kita lock tadi dengan agen kita…kita dah ada 65% harga 1 dinar…cuma perlu tambah 35% saja lagi…kita boleh ambil dari modal RM500 yang kita komitkan tadi…
contoh kiraan
katakan lock harga 1 dinar = RM555
ditanggan ada RM 356.36 jadi perlu tambah….RM 356.36-RM555 = RM198.64(jumlah perlu ditambah)
jadi yang perlu ditambah adalah 35% = RM198.64 sahaja…dimana nak dapat duit nie…..dari modal yang kita ada RM500 tadi….jadi RM500 – RM198.64 = RM301.36 baki (simpan dalam akaun untuk digunakan sebagai penebusan bulan-bulan emas 1 dinar tadi jangan bawa ke bulan depan)
untuk bulan depan guna RM500 baru…jangan dari baki lepas…

6) dengan proses ini kita dah 2 keping 1 dinar… 1 ada kepada Ar-Rahnu….1 ada kepada kita yg baru dibeli tadi…jadi teruskan proses nie…bila dah dapat 6 dinar atau 7 dinar..pajakkan untuk beli 20g emas 999 yang nilai gadaiannya lebih tinggi yak nie pada hari nie RM141/g…kalau pajak nilai marhumnya adalah RM RM2820….65% = RM1833…kalau mampu boleh guna proses diatas…tapi kalau tak mampu boleh beli 1 dianar 3 keping..kan untung

kenapa kita kena susahkan diri buat cara nie..dan kenapa saya lebih galakkan guna cara nie?…ini adalah kerana dengan cara nie kita boleh beli emas banyak dengan bayar sedikit contohnya yang saya dah buat…saya beli 4 keping 1 dinar sekali gus dengan bayaran harga 1 dinar melalui easy payment yg PG perkenalkan…hehehehe……jadi sebulan saya beli 4 keping 1 dinar dengan harga yang sama..hehehehe sebab harga sentiasa berubah…tak kisahla kalau harga turun..yg risau kalau harga naik..jadi kaedah nie..paling best bagi saya yg baru nak kumpul aset emas dengan modal kurang RM600…jadi selamat membeli emas…semua orang boleh beli emas….orang miskin akan kaya raya jika dia guna cara ini insyaallah …ingat korang kena disiplin…..dan buangkan tabiat pembaziran…berhentila merokok tue..beli emas lagi bagus la…kurangkan merokok…merokok itu HARAM


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: