Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

Salam perkenalan

Salam semua bloggers,

Untuk post yang pertama nie aku rase baik aku buat sesi introduction duluk. Almaklum la, apa-apa yang kita nak mulakan mesti kena ada intro sikit. Setidak-tidaknya mengenalkan diri ke atau menyatakan tujuan sesuatu yang nak kita kerjakan.

So dalam post nie aku nak kenalkan diri le sikit. Nama aku Shahrul (nak tau nama penuh boleh la jenguk-jenguk kat profile aku tu). Kalau nak tau lebih tu boleh la calling2 aku ke. Anyway aku rasa untuk blog nie aku nak cari network yang berkaitan dengan pelaburan yang baru je aku kenali.

Sebelum nie dah macam2 bende dan bentuk "so call" pelaburan dah aku cuba, tapi semuanya tak menjadi. Korang namakan je MLM (Cosway, Rimboon (yang nie baru nak mula dah bungkus), Hai-O), Skim cepat kaya (bende yang main klik2 pastu dapat komisyen), Forex trading (aku try demo account je tapi, memanjang rugi. Untungnya sekali dok rugi sampai 10 kali) dan macam-macam lagik la.

Pastu aku ade gak cuba tinjau2 pelaburan lain macam hartanah. Tapi disebabkan aku nie penakut sangat nak ceburkan diri, aku pun tak mula2 sampai la sekarang nie. Sebab bila aku kaji, banyak sangat bende yang aku nak kena buat untuk berjaya dalam hartanah nie. Walaupun aku tahu hartanah nie memang boleh untung, tapi sebab aku nie tak berapa pandai nak berurusan dengan orang yang macam2 kerenah, maka aku pun dok tengok je la orang buat. Kekadang ade rase tak sanggup gak bila terbaca dan terdengar pengalaman2 orang yang dah buat hartanah nie.

So, sebagai alternatif lain aku cuba tinjau pelaburan jenis lain. Setelah mencari dan mencari akhirnya aku terjumpa satu jenis pelaburan yang nampaknya mempunyai potensi yang amat cerah untuk aku usahakan. Jadi pelaburan apakah itu... korang mesti dah tau punya. Hehehe dah obvious nama blog aku tu. So korang nak tau apa aku buat seterusnya. Tungguuuuu post yang akan datang.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: