Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

What price suits gold???

Salam semua,

Hari nie aku cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba lebih kurang 2-3 hari lagik. So mohon maaf kiranya ada tersilap kata dan terkasar bahasa yang mungkin telah secara tidak sengaja menyinggung perasaan semua. Aku harap takde la. Dan juga aku doakan semua pembaca selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan selamat pulang ke rumah semula.

Anyway Raya tetap Raya, tapi minat aku dalam emas nie semakin hari semakin memuncak. Tak sabar dah nak jumpa ngan sifu aku untuk menimba sebanyak ilmu dan pengalaman yang beliau telah lalui. Aku dah set dengan sifu lepas raya nie. Tapi tak set lagik actual tarikh dan time untuk perjumpaan tu.

Macam-macam plan dah bermain dalam pikiran aku sekarang nie. Macam mana nak memulakan langkah aku. Tapi apa pun kena mintak nasihat dari sifu duluk. Ilmu tu penting. Takde ilmu kita akan sesat. Jadi tuntutlah ia sebanyak yang mungkin. Terima kasih kat sifu sebab sudi ambik saya jadi anak murid.

Anyway antara perancangan dan objektif kewangan masa depan aku ialah
1. Nak kurangkan pembayaran loan-loan aku. Loan rumah, kereta, peribadi dan lenlain la. (nie nak kena belajar macam mana nak manipulasi sistem kewangan di Malaysia dengan sifu pokli)
2. Nak mulakan perniagaan emas (pun dengan sifu pokli ngan jutawanemas)
3. Nak tambah koleksi emas
4. Nak mulakan pelaburan dalam hartanah (pun dengan sifu pokli)
5. Nak bebaskan diri aku dari masalah kewangan (Financial freedom)

Ok la... itu perancangan akula... aku cuma merancang dan mengusahakan. ALLAH jua yang maha menentukan. Insya-Allah berkat doa dan bimbingan aku akan berjaya.

Oklah... aku rase korang mesti pelik sebab tajuk post aku nie lain daripada ape yang aku meracau kat atau tu. Sebenarnya untuk makluman korang aku nie suka membaca dan mencari maklumat. Tapi kekadang ade malas sikit nak share (bukan malas nak share sebenarnya tapi malas nak menulis). Tapi takpe insya-Allah lepas nie aku akan ubah diri aku. Aku akan share ngan korang apa yang aku dapat. Macam sifu aku selalu bagitau aku "Sharing is caring". Bila kita share sebenarnya kita mengambil berat secara tak langsung. So ape yang aku nak share ngan korang arinie berkenaan satu artikel yang aku terjumpa dalam web. Aku sure sape yang ade langgan google alert (nie aku belajar dari jutawanemas) akan juga dapat artikel nie. Tapi bagi yang takde insya-Allah aku akan sharekan dalam blog aku nie.

Kalau korang nak baca full text boleh klik kat link di bawah nie
http://online.wsj.com/article/SB10001424052970203917304574415193376917198.html
(artikel dalam bahasa Inggeris)

So komen ringkas yang aku boleh bagi berdasarkan artikel nie.

"Gold bullion just crossed $1,000 an ounce. But what's it really worth?
Bud Conrad, chief economist at Casey Research and a leading gold bug, says it's worth far more." Quote daripada artikel

1. Kalau sesape yang berniat nak beli emas, jangan tunggu lagik... teruskan niat murni itu.
2. Pasaran emas semasa sedang dalam trend menaik, menurut penulis tidak ada sebab harga emas tidak boleh menjadi 3x ganda daripada harga sekarang
3. Ianya adalah suatu yang munasabah untuk kita percaya bahawa harga emas boleh mencecah USD3000 (dalam ertikata lain tak mustahil)
4. Walaupun harga emas semakin meningkat majoriti masyarakat dunia masih belum sedar, dan masih belum mahu menyimpan emas. Walaupun permintaan meningkat dari tahun ke tahun, tetapi perjalanannya untuk menjadi spekulatif masih jauh.

Ok la aku rase tu je la serba sedikit komen aku. Aku nie pun sebenarnya tak bape pandai nak komen. So aku suggest korang baca sendiri le.

Sekian, wassalam

P.S.: Sekali lagi Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: