Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Buku-buku

Salam bloggers,

Rasenye dah lama gak aku tak update blog nie senjak raya ari tu... Hehehe cuti panjang beb. Tapi walaupun cuti panjang, aku tak sia-siakan masa yang ada masa cuti tu. Sempat gak aku baca dua buku berkaitan dengan pelaburan.



  1. Dinar Emas: Realiti Semasa Penggunaannya di Malaysia - oleh Salmy Edawati Yaacob & Ab Mumin Ab Ghani
  2. Rich Dad's Increase Your Financial IQ: Get Smarter with Your Money

Sedikit ulasan
Buku 1 merupakan buku yang lebih bercorak ilmiah. Ia ditulis oleh dua orang ahli akademik yang telah menjalankan penyelidikan tentang penggunaan dinar di Malaysia sejak 2001. Antara bab yang terkandung di dalam buku ini ialah
  1. Dinar emas dalam syariat Islam
  2. Wang Kertas dan Riba
  3. Dinar emas dan wang kertas: satu perbandingan
  4. Saranan Tun Dr. Mahathir dan pandangan ahli ekonomi
  5. Pelaksanaan Dinar Emas di Malaysia
Berdasarkan pembacaan aku, penulis meletakkan Malaysia sebagai berada di barisan hadapan dalam usaha untuk memperkenalkan penggunaan dinar emas atau Islamic Gold Dinar (IGD) di dunia. Banyak pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam mempromosi penggunaan dinar emas ini. Antaranya Dinar Research Group USM, Dinar Research Group UTM, UIAM, USIM, IKIM, Ramcell S/B, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, dll. Semuanya telah memainkan peranan dalam gerakan mempromosi penggunaan Dinar emas.
Di samping itu penulis juga menerangkan dengan teliti cadangan kaedah pelaksanaan penggunaan dinar emas di Malaysia. Untuk tahu bagaimana penggunaan dinar emas ini boleh diperkembangkan di Malaysia, aku suggest korang baca la dengan lebih terperinci dalam buku nie. Kalau nak cerita semua kat sini mau berjela-jela citenya. Tapi apa yang aku nak tekankan di sini, pelaburan dan penggunaan dinar emas akan menjadi satu kenyataan suatu hari nanti. Jadi takde salahnya kalau kita mulakan pelaburan dan penyimpanan dinar emas atau apa jua bentuk emas untuk kegunaan masa hadapan. Gold is real money, not fake as the currency. So sesape yang agak-agak nak mulakan menyimpan dinar emas ini, aku ada stock untuk dijual. Sesiapa yang berminat boleh hubungi aku di 019-2690109.
Untuk pengetahuan korang aku jumpa buku nie kat Kedai Popular dalam Tesco di Melaka masa on-the-way aku nak balik kampung. So maybe korang boleh cuba cari kat mana-mana cawangan popular atau MPH.
So ok duluk la buat kali nie. Insya-Allah next post aku ulas sikit pasal buku ke-2 tu.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: