Salam semua,
Seperti yang aku janjikan sebelum nie, aku nak buat review sikit pasal buku ke-2 yang aku baca. Walau bagaimanapun, aku mintak maaf banyak-banyak, sebab tak dapat nak melaksanakan janji tu. Hehehe.... almaklumlah tak katam lagik tu.
Apa pun, aku gantikan ia dengan sebuah artikel yang aku jumpa dalam internet nie. Korang boleh baca melalui link di bawah nie.
http://www.nuwireinvestor.com/blogs/investorcentric/2009/09/no-gold-bubble-this-time.html
Antara perkara yang diperkatakan tentang pengetahuan orang ramai berkenaan dengan emas. Daripada apa yang aku baca, aku boleh simpulkan... mungkin antara kita akan berfikir.... kalau semua orang dah tau pasal emas nie, nanti emas nie jadi sangat popular. Mesti semua orang dah tau. Tapi cuba kita buat sedikit soal selidik semula. Cuba la korang jumpa member2 atau sedara2 korang dan tanya kat diorang pasal pelaburan emas nie. Mesti antara jawapan yang korang akan terima.... emmmm.... ade ke pelaburan emas nie.... atau ala... nie mesti skim cepat kaya..... atau memang bagus pelaburan emas nie... tapi aku belum beli mas lagik..... dan macam-macam lagi jawapan yang berkemungkinan korang dapat.
Antara pengalaman yang penulis artikel nie kongsikan ialah bagaimana pada sekitar tahun 2001 & 2002, beliau pernah menceritakan tentang emas kepada rakan2nya. Pandangan beliau telah dipandang serong olah rakan2nya seolah2 beliau nie gila la.... macam tu.
Tapi apa yang berlaku sekarang orang yang mengatakan beliau nie gila telah mengakui akan kebaikan dalam pelaburan emas nie. Tapi masih jugak tak mau menceburkan diri.
Daripada sini dapat kita simpulkan... walaupun ada antara orang ramai yang mungkin dah tau tentang kebaikan dan keuntungan pelaburan emas nie... tapi mereka belum jugak memiliki walhal sekeping emas pun dalam simpanan. Mengapa agaknya perkara nie boleh berlaku. Adakah pelaburan tentang emas nie masih diragui oleh masyarakat kita. Mungkin juga. Atau mungkin juga ilmu tentang pelaburan emas tidak sampai kepada masyarakat kita. Atau mungkin mereka cuma sekadar minat mendengar sahaja.
So aku suggest korang yang masih belum memiliki emas, jangan terus berfikir, tapi bertindak sekarang. Kerana tindakan anda hari ini akan mempengaruhi kehidupan anda di masa hadapan.
Share pengalaman korang bertanyakan tentang pelaburan emas kepada kawan2, sedara2, makcik2, pakcik2 dan sesiapa saje lah.
Wassalam.
9 Kemusykilan Anda Tentang Solat Dijawab
12 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan