Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Pengalaman pertama aku dengan emas

Salam semua bloggers, harap korang semua sihat dan sejahtera.

Dalam post nie aku nak bercerita sedikit pasal pengalaman pertama aku dalam pelaburan emas. Pelaburan pertama aku dalam emas ialah melalui Public Bank Gold Investment Account (nama glamernye GIA). Masa nak mula nie aku ade skeptic sikit. Almaklum le bende nie adalah pengalaman pertama aku, sedang ilmu aku pun tak sebanyak ilmu otai2 pelaburan emas ini. Dan modal pun ciput je. So aku pun memulakan langkah pertama aku.

Semuanya berlaku setelah aku selesai membaca ebook yang ditulis oleh team rahsia emas bertajuk emas-emas yang hilang. Klik sini kalau korang nak tau lebih lanjut. Anyway aku tak nak cerita detail pasal ebook nie kat sini. Sebab tujuan post aku nie nak cerita pasal pengalaman pertama aku dengan dunia emas nie.



Macam aku katakan diawal post nie, pelaburan pertama aku dalam dunia emas nie ialah melalui GIA. Tarikh keramatnya ialah pada 28 Ogos 2009 (Jumaat) lebih kurang dalam jam 12.00 tgh. Masa tu aku tengah rushing nak ke Kuantan sebab nak visit pak mentua aku yang masuk hospital di samping nak ambik balik bini dan anak aku yang aku tinggalkan kat Kuantan (bini aku kena jaga pak mentua aku) lebih kurang seminggu sebelum tu.

So aritu aku pun pegi ke salah satu cawangan Public Bank yang terletak di Jalan Sungai Chua, Kajang. Branch yang dekat dengan tempat aku. So masuk je ke bank aku pun terus tanya kat customer service bank tu. Macam mana nak bukak GIA? So dia pun explain la kena ada akaun bank la, kena beli minimum 20g la dan beberapa detail yang aku tak berapa ingat. Aku pun meng oOOoo kan je. Hehe bukan ape aku memang dah tau pun pasal tu. Dah ade sedikit ilmu melalui ebook yang aku baca. So aku tanya bape deposit minimum untuk akaun? (Walaupun dah tau aku tanya jugak). Pegawai tu cakap RM250 (pegawai bank nie biasanya dia takkan bagitau akaun yang cuma kena deposit RM20). Aku pun buat2 le rase suspen, maklumla duit bawak cukup2 je untuk beli 20 gram dan bukak akaun basic (deposit RM20 je + RM10 (stamping fees))
. Aku pun cakap kat dia "I thought RM20 je untuk bukak akaun". Dia pun cek la dalam sistem dia. Lama gak aku nak nunggu dia cek. Pastu baru dia bagitau kat aku, yang aku boleh bukak basic akaun dengan deposit cuma RM20. So dia pun minta kad pengenalan untuk proceed.

So aku pun proceed la. Bukak basic akaun pastu bukak GIA akaun. So selepas sains semua borang yang perlu dan membuat pembayaran, proses settle dalam masa lebik kurang 30 minit.

Hehehe lepas bukak tu rase bangge je sebab dah ade emas dalam akaun 20 gram. Aku dapat beli pada harga RM110.33/gram. Oh lupa plak nak bagitau korang. Sebelum proses menyain dan mengisi borang nak bukak akaun, aku dah bagitau awal2 kat pegawai bank tu suruh dia lock harga pada RM110.33 sementara nak menyelesaikan proses pembukaan akaun tu. Bukan ape takut harga naik, dah tak cukup plak duit nak bayar harga 20 gram emas tu. Nasib baik aku lock awal2, sebab beberapa minit lepas tu harga dia naik plak ke RM110.45/gram. Hehe memang la sikit je naik, tapi duit gak tu. Kena tambah gak harga nya tu.

Settle semua proses, aku pun terus ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat dan meneruskan perjalanan aku ke Kuantan.

So daripada pengalaman aku nie, perkara penting yang aku boleh simpulkan ialah kalau korang nak mulakan pelaburan emas dengan GIA nie, kena lock harga sebelum korang proceed dengan proses pembukaan akaun. Kalau harga naik korang untung kalau harga turun korang rugi le sikit. Anyway lama2 pun untung gak.

Ok la itulah pengalaman pertama dengan GIA harap pengalaman nie boleh korang jadikan panduan kalau korang nak mulakan pelaburan dengan GIA. Post akan datang insya-Allah aku akan share pulak pelaburan emas fizikal aku yang pertama dengan junior aku masa belajar kat UTM yang sekarang merupakan sifu aku dalam pelaburan emas. So korang tunggu....

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

2 comments:

PoKLi Isnin, 07 September, 2009

bro,lepas ni boleh jadi agen pokli nih.....tahniah

Jebartzz Isnin, 07 September, 2009

Insya-Allah, memang dah lama pasang niat dihati nie nak jadi agen bawah pokli.