Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Wealth Principle #2

"If you want to change the fruits, you will first have to change the roots. If you want to change the visible, you must first change the invisible."

Bayangkan sepohon pokok. Cuba anggap pokok itu mewakili sebuah pokok kehidupan kita. Terdapat buah-buahan di pokok tersebut. Dalam kehidupan kita, kita boleh anggap buah itu sebagai hasil atau keputusan yang kita perolehi. Cuba lihat pada buah-buahan tersebut. Kita tidak puas hati dengan hasil buah-buahan tersebut sebab jumlahnya tak cukup banyak, tak cukup besar dan rasanya kurang sedap.

Apakah yang kita akan lakukan? Biasanya kita akan memberi lebih tumpuan dan fokus pada buah-buahan (hasil-hasil kita). Tapi apa yang sebenarnya yang menghasilkan buah-buahan tersebut? Sudah tentu buah tersebut datangnya daripada benih dan akarnya. Benih yang berkualiti dan akar yang berkualiti sudah pastinya akan menghasilkan buah yang berkualiti. Jadi untuk mendapat hasil yang berkualiti, maka sudah semestinya kita mesti menukar benihnya dengan benih yang lebih berkualiti. Dan sudah semestinya kita perlu menjaga akarnya dengan menggunakan baja yang berkualiti. Kalau hanya mengharapkan baja tanpa benih yang berkualiti (perkara asas) akar yang terhasil juga tidak cukup berkualiti. Ini kerana asasnya tidak kuat. Oleh itu benih yang terbaik sudah semestinya akan menghasilkan akar dan hasil yang terbaik.

Maksudnya di sini, akar di dalam tanah (yang kita tidak nampak) adalah punca kehidupan di atas tanah. Benih di dalam tanah, menghasilkan buah yang muncul di pokok yang berada di atas tanah. Sesuatu yang kita tidak nampak, sebenarnya menghasilkan apa yang kita boleh nampak.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan buah yang berkualiti, maka kita perlu menggunakan benih yang berkualiti. Untuk mengubah sesuatu hasil yang kita boleh lihat, maka kita perlulah menukar persepsi dalam diri kita (perkara yang kita tidak nampak) terlebih dahulu.

Mungkin ada yang akan mengatakan, kalau dah nampak keputusannya baru la boleh percaya. Takde keputusan macam mana nak percaya. Macam mana nak percaya kalau keputusannya tak nampak. Jadi soalan yang boleh saya ajukan "Kenapa anda terus membayar bil elektrik anda? Walaupun anda tak nampak arus elektrik tu." Walaupun kita tak nampak elektrik tu, tapi kita percaya arus elektrik itu wujud, kita tahu kuasa yang dihasilkannya. Kalau anda masih ragu-ragu akan kewujudan arus elektrik itu, cuba letak jari anda ke dalam soket elektrik, dengan pantas anda akan percaya akan kewujudannya.

Jadi sebenarnya kita boleh katakan apa yang kita tidak nampak itu, sebenarnya lebih berkuasa daripada apa yang kita nampak. Jika anda menafikan kenyataan ini, anda sebenarnya sedang menderita. Ini kerana anda menentang lumrah alam. Contoh terbaik adalah kehidupan kita. Kehidupan kita boleh dibahagi kepada 4 alam/bahagian yang berbeza. Alam minda, alam emosi, alam rohani dan alam fizikal. Dan saya pasti anda bersetuju bahawa 3 alam iaitu minda, emosi dan rohani (yang kita tidak nampak) sebenarnya penyokong yang sangat kuat pada alam fizikal (yang kita nampak). Jika 3 alam ini tidak baik sudah tentunya hasil di alam fizikal kita juga kurang baik. Oleh itu benarlah apa yang kita tidak nampak sebenarnya lebih berkuasa daripada apa yang kita boleh nampak. Jadi untuk mengubah keputusan yang kita boleh nampak, maka sudah tentulah perkara yang kita perlu ubah terlebih dahulu adalah perkara-perkara yang kita tidak nampak.

Jadi fikir-fikirkanlah

Rujukan sumber asal "Secrets of the Millionaire Mind"


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: