Salam semua,
Beberapa minggu yang lalu aku mintak kak Nurul http://gold2rich.blogspot.com untuk memberikan aku sedikit analisis tentang rahsia tarikh lahir aku. Daripada feedback yang aku dapat daripada kak Nurul nie, aku nie seorang yang suka membaca. Memang pun... Aku nie memang suka sangat membaca. Tapi bukan semua topik la. Cuma topik2 yang aku minat je. Especially yang berkaitan dengan wang dan yang terbaru nie... emas. Memang sekarang nie aku tengah mencari lagi buku-buku yang berkaitan dengan emas nie. So disebabkan rahsia tarikh lahir aku dah mengatakan yang aku nie suka membaca, maka aku pun berjanji pada diri aku untuk mempergiatkan aktiviti ini. Dan insya-Allah aku akan kongsikan pada sahabat semua. Cuma mungkin aku nie malas sikit nak menulis la. Baca ok....nulis tu je yang ade.....
Untuk kali nie aku nak kongsi pasal minda untuk menjadi jutawan. Aku tak kan bagi semua sekaligus. Maybe sikit2 la kot. Sebab kalau nak cerita semua sekaligus, jawabnya keje aku semua terkantoi. Kalau korang nak lebih detail aku suggest korang cari la bukunya. Anyway nie buku yang lebih berkaitan dengan Minda Jutawan. Aku cedok daripada buku yang bertajuk Millionaire Mind tulisan T. Harv Eker. Aku rase sesapa yang komited nak jadi jutawan mesti dah ada buku nie. Bagi sesape yang takde aku akan kongsikan prinsip-prinsip dalam pemikiran jutawan. So untuk jadi jutawan kita kena berfikir bagaimana seorang jutawan berfikir.
So aku akan mulakan dulu dengan apa yang dipanggil oleh penulis sebagai "Wealth Principle" ataupun Prinsip Kemewahan (hehe kalau translation aku tak bape betul korang tegur la ye).
Post berikut aku akan share apakah pemikiran seorang jutawan. Aku kongsi bende nie sebenarnya untuk peringatan pada diri aku dalam memandu minda aku ke arah yang aku mahu iaitu ke arah minda seorang jutawan.
9 Kemusykilan Anda Tentang Solat Dijawab
12 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan