Salam semua pembaca,
Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang sangat menarik dan terkini. Saya jumpa artikel tersebut di dalam majalah Milenia Muslim. Tajuk artikel tersebut ialah seperti yang tertera pada tajuk catatan ini. Artikel ditulis oleh Prof Zuhaimy Ismail. Antara tulisan yang menarik pandangan saya dalam artikel ini ialah
"... ada yang menyatakan bahawa dinar emas adalah suatu bom Islamik yang lebih dahsyat kesannya kepada dolar Amerika daripada bom nuklear yang dibangunkan oleh Pakistan. "
Dan tulisan berikut juga menarik perhatian saya
"Umat Islam mesti berusaha supaya dinar emas dijadikan wang perdagangan dan digunakan di kalangan umat Islam. Kita tidak perlu risau tentang sistem kapitalis kerana sistem ini telah pun rosak dan akan hancur dengan sendirinya. Senjata kekuatan kufur ialah melalui sistem kewangannya yang berteraskan riba, manakala senjata umat Islam ialah dinar emas tanpa riba. Dinar emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan sebenar bagi umat Islam. Oleh itu sama-samalah kita berusaha supaya umat Islam memiliki dinar emas."
Di catatan ini saya kongsikan keseluruhan artikel yang telah saya "scan". Bagi pembaca yang tidak berkesempatan mendapatkan majalah yang mengandungi artikel ini bolehlah mendapatkannya dari link yang saya sediakan. Bagi pembaca yang mahu mendapatkan artikel sebenar daripada majalah tersebut, boleh cari majalah Milenia Muslim, November 2009 dengan harga RM6.50.
Klik pada link di bawah untuk melihat artikel tersebut
Dinar Emas: Senjata Baru Umat Islam - muka 1
Dinar Emas: Senjata Baru Umat Islam - muka 2
Dinar Emas: Senjata Baru Umat Islam - muka 3
Wassalam
9 Kemusykilan Anda Tentang Solat Dijawab
12 tahun yang lalu
2 comments:
Terlalu banyak artikel yang boleh kita jumpa yang telah memperkatakan tentang sistem ekonomi Islam yang berteraskan emas. Tapi masih ramai antara kita yang ragu-ragu tentang pelaksanaannya. Saya harap artikel ini dapat membuka mata dan hati kita untuk bersatu dalam mengembalikan kegemilangan sistem ekonomi Islam.
salam, ya betul saya pun dah baca habis artikel itu.....memang ramai ada yg dah tahu tapi macam pokli kata, ramai tahu potensi emas ini tapi masih ramai yang menunggu untuk bermula menyimpan emas....camane?
Catat Ulasan