Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Harga gula naik RM0.20. Laporan Buletin Utama

Salam semua,

Hari ini di buletin utama melaporkan kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilo bermula esok. Dilaporkan juga kenaikan ini tidak akan mempengaruhi jaringan kenaikan pada barang-barang lain. Adakah kita boleh terima kenyataan ini? Tanya diri anda sendiri. Adakah mustahil harga kuih-muih yang menggunakan gula akan kekal. Kita lihat sahaja kesannya.

Pandangan saya tentang perkara ini ialah bukan harga gula yang naik, tetapi lebih kepada nilai wang kita yang menyusut lagi. Kita perlu tambah lebih banyak wang untuk membeli gula iaitu sebanyak RM0.20 lagi. Di sini menunjukkan lemahnya sistem wang kertas dalam menyimpan nilainya. Jadi apa yang perlu anda lakukan?

Mulakanlah simpanan anda dalam bentuk EMAS, insya-Allah perkara-perkara sebegini akan menjadi suatu yang tidak akan membimbangkan anda. Kerana bila harga barangan naik, harga perkhidmatan naik dan segala-galanya naik maka sebenarnya harga EMAS juga akan naik. Jadi kita tidak perlu risau akan kenaikan apa jua barang dan perkhidmatan.

Apakah yang menyebabkan anda kekal dalam keadaan tunggu dan lihat tanpa apa-apa tindakan. Bertindak sekarang, anda mampu mengubah segalanya.

Hubungi saya di 019-2690109 untuk maklumat lanjut ataupun jika anda berminat untuk memulakan atau menambah simpanan EMAS anda.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Gerai Dinar Surabaya: Inflasi? Siapa Takut?

 Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsikan satu artikel yang saya perolehi di Gerai Dinar Surabaya. Artikel ini mungkin boleh menjawab keraguan dalam menyimpan emas. Apa yang diceritakan adalah benar dan logik dek akal pemikiran kita. Cuba kita timbang-timbangkan.

Klik link di bawah untuk ke artikel tersebut.
http://geraidinarsby.blogspot.com/2009/12/inflasi-siapa-takut.html

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Berita TV9 melaporkan orang ramai berpusu-pusu membeli barang kemas untuk pelaburan

Salam,

Sekadar berkongsi pandangan.

Satu perkara telah menarik perhatian saya semasa menonton berita jam 8 mlm di TV9. Salah satu kandungan berita tersebut telah melaporkan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke sebuah kedai emas yang menawarkan diskaun sehingga 70% ke atas emas yang dijual di premis mereka. Walaupun kita sedia maklum, harga emas pada masa kini agak tinggi, tetapi kita dapat lihat orang tetap membelinya. Oleh yang demikian tiada istilah mahal dalam membeli barang kemas ataupun emas pelaburan.

Laporan ini juga telah mendapatkan pandangan orang ramai tentang emas. Ada yang mengatakan yang mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan. Antaranya menyatakan jika memerlukan wang mereka boleh menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Dan ada juga yang menyatakan mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan, iaitu bila harga naik, emas tersebut boleh dijual semula. Di sini kita dapat lihat kesedaran orang ramai tentang pelaburan emas telah bertambah baik. Namun demikian jenis emas yang mereka pilih untuk pelaburan emas ini adalah kurang tepat kerana mereka memilih barang kemas sebagai emas yang hendak dijadikan pelaburan. Walahal pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli emas pelaburan dalam bentuk jongkong/wafer emas 999 ataupun syiling emas atau dinar emas 916. Di mana harganya adalah lebih rendah berbanding barang kemas di kedai emas, dan jualan semula hanya ditolak 5% - 6% berbanding kedai emas yang menolak harga jualan sehingga 15% - 25% dan adakalanya sehingga 40%. Ini sudah tentu amat merugikan.

Di sini saya boleh katakan bahawa, walaupun kesedaran tentang emas nie telah meluas di kalangan orang kita, namun kesedaran dan pengetahuan untuk memilih emas yang hendak dibeli masih kurang. Ini jelas apabila ramai orang masih kurang pengetahuan tentang emas pelaburan yang sebenar yang mampu memberi keuntungan yang lebih baik berbanding barang kemas.

Oleh yang demikian sudah menjadi tanggungjawab kita (pelabur dan peniaga emas pelaburan) sebagai orang yang lebih berpengetahuan dalam emas untuk memberikan penjelasan dan penerangan bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada orang ramai. Dengan demikian, orang ramai akan lebih berpengetahuan dalam menentukan alternatif-alternatif emas yang terbaik yang mereka boleh gunakan sebagai pelaburan yang lebih baik dan lebih menguntungkan.

Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Di dalam golongan manakah anda "Short-term Trader" atau "Investor"

Salam,

Mari kita lihat perbezaan antara "Trader" dan "Investor" emas. Sesuatu yang perlu kita fikirkan dan tentukan kerana ini bakal mencorak cara dan tindakan kita. Adakah kita mahu jadi kedua-duanya atau menjadi salah satu daripadanya.


Sebagai "Short-term Trader" yang menggunakan instrument leverage, seperti "gold futures", sudah tentunya pergerakan harga sangat memainkan peranan yang sangat penting bagi membolehkan anda memperolehi keuntungan. Maka jika tersilap langkah dalam membaca pasaran akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Walau bagaimanapun sebagai seorang "investor" turun naiknya harga emas adalah sesuatu yang anda tidak perlu bimbangkan. Ini adalah kerana pada harga naik, anda membuat keuntungan dan pada harga menurun pula anda akan melihatnya sebagai peluang untuk membeli dan menambah lebih banyak emas dalam simpanan anda. Jadi nak menambah emas anda? Boleh hubungi saya 019-2690109.

Jadi di golongan manakah anda? Kongsi pendapat anda pada ruang komen. 


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Ahlan Wasahlan Hijrah 1431

Salam semua pembaca,

Catatan kali ini cuma mahu mengingatkan sahabat-sahabat semua serta diri saya sendiri tentang bakal munculnya tahun baru bagi kalendar Hijrah (kalendar Islam).

Insya-Allah 1 Muharam 1431, akan muncul beberapa jam sahaja lagi. Marilah kita muhasabah diri, imbas kembali apa yang telah kita lakukan dan kerjakan dalam tempoh setahun ini. Perbaikilah apa jua kekurangan dan bersyukurlah atas apa kejayaan semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT. Sesungguhnya amalan-amalan kita telah dicatit oleh Allah SWT sebagaimana kita biasa mencatit di dalam blog-blog kita. Cuma lagi catatan Allah itu maha terperinci berbanding catatan kita pada blog-blog kita. Betapa kerdilnya kita, walhal segala catatan peribadi kita sendiri pun kita tak mampu mencatatkannya satu persatu. Sesungguhnya Allah SWT itu maha berkuasa.

Marilah kita amalkan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga kehidupan kita sentiasa memperoleh berkat dari Allah SWT. Saya lampirkan maksud doa bagi membolehkan kita lebih mendalami dan menghayati doa yang kita lafazkan.

Cara amalan

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"



Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.


Wallahualam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Bernilainya EMAS berbanding Duit

Tahukah anda?

Secara psikologinya, apabila seseorang mempunyai simpanan atau harta dalam bentuk emas atau dinar ia akan berfikir beberapa kali untuk berbelanja kerana nampak dengan jelas betapa bernilainya emas tersebut, sukar untuk diperolehi dan terasa sayang untuk dibuang begitu sahaja.




Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Gold Chart from 1900 - 2009 (109 years)



 






Kongsikan pandangan anda tentang pergerakan harga emas ini. Simpan wang anda dalam bentuk EMAS, anda tidak akan menyesal. Hubungi 019-2690109 untuk mendapatkan bekalan emas anda. Kunci kekayaan anda sekarang.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy