Inilah kesan kewujudan makhluk parasit, dan segala kesusahan masyarakat dunia mencari rezeki, penderitaan hidup, perdayaan dan peperangan adalah berpunca daripada bank yang menyerap keluar wang melalui riba. Setiap bayaran kembali akan digunakan untuk menyerap lebih banyak riba sehingga memaksa manusia melakukan apa sahaja kezaliman untuk berebut mendapatkan sumber wang yang tersangat sedikit di dalam ekonomi. Bank adalah parasit yang menjadi ibu bagi segala penindasan dan kezaliman.
Kerajaan dan rakyat menjadi semakin miskin dan bertukar menjadi hamba akibat makhluk parasit yang menghisap darah rakyat, manakala sebilangan individu kecil (hamba atasan) terus menerus semakin kaya dan memonopoli ekonomi. Ekonomi menjadi lumpuh, dan bank menjadi Pemerintah! Kerajaan yang berjanji melindungi rakyatnya, kini bertukar dan berjanji melindungi bank dan mereka yang menguasai dunia. Perlindungan 100% diberikan kepada bank biarlah seramai manapun bankrup, dan biarlah ramai yang terseksa! mmm.. tapi, tapi, tapi negara kita selama ini maju? Maju? Ini illusi semata-mata kerana wang hanya boleh dicipta melalui hutang! Oleh itu formula maju di dalam sistem ini ialah dengan memperbanyakkan hutang kerajaan dan individu:
wang = hutang
hutang = wang
tiada hutang = tiada wang
banyak hutang = wang debu (kerana akan diserap riba sediada)
Kesan dan risikonya cuba dikawal melalui membawa pelaburan asing, yang mana tidak berjaya mana pun dan dibuktikan melalui hutang negara yang meningkat setiap tahun (dan dicounter balik oleh wang keluar dari negara melalui pekerja asing dan barangan import atau keluaran negara lain). Kesemua menjadi hamba dan paling ketara pada anak-anak dan keturunan anda kerana semua ciptaan wang hanya akan diserap riba yang telah menjadi tersangat besar. Mmm.. bijak sungguh PM dan menteri-menteri memberikan gambaran kemajuan pesat sekadar melalui pinjaman dan pentadbiran hutang yang pasti tidak terbayar. Pelbagai anugerah, tugu dan institut dibina untuk mengagungkan orang jahil. Fikirkan, sesiapa jua dan termasuk bayi pun pandai memperbanyakkan hutang yang tidak mampu dibayar kembali.
Berdasarkan kesemua perbincangan di atas, adakah kesan paling buruk
telah berlaku? Ya… dan sebahagian lainnya akan berlaku kepada Malaysia pada masa hadapan. Ini kerana kesannya berlaku mengikut negara ke satu negara lain, dan yang mana ditentukan IMF serta badan lain yang berkaitan. Oleh itu kita perlu melihat kepada
tahap pemimpin mematuhi kehendak dibelakang tabir (economic hitman),
jumlah riba negara dan kemampuan kerajaan mendapatkan pinjaman baru. Ini adalah faktor termudah bagi memahami kekayaan dan kemajuan sesebuah negara. Bagi negara pada tahap paling terbawah, mereka menghadapi masalah kebuluran. Negara lebih atas sekadar mendapatkan rezeki anjing melalui tong sampah. Lebih atas dari negara tersebut sekadar menganggur. Negara seterusnya berhutang dan banyak kes lelongan harta, dan seterusnya.
Namun itu, kesan akhir terhadap semua negara tetap menjadi sama, iaitu sebilangan kecil menjadi kaya dan lainnya mencapai tahap kebuluran apabila kerajaan tidak layak mendapatkan pinjaman baru untuk mengatasi jumlah riba sedia ada yang tersangat besar. Ini kerana jumlah riba terlampau besar akan cepat menyedut kesemua wang sedia ada dan wang baru dari pinjaman kerajaan. Maka itu wang baru tidak dapat dicipta kerana tiada pinjaman baru. Ini semua sekadar permainan masa semata-mata. Open your eyes! Inilah ilusi daripada amalan perbankan… ilusi syurga dunia.
Kini apakah peranan perbankan Islam dalam menyumbang kepada kemajuan sistem ini? Perbankan Islam (Parasit Islam) berganda-ganda zalimnya dari Parasit Kafir dan mempercepatkan proses perhambaan. Pertamanya amalan perbankan mewujudkan situasi supaya wang sentiasa tidak cukup dalam aliran ekonomi kerana sistem mereka hanya mencipta wang pinjaman (principal) semata-mata (atau strategi lain melalui menyukarkan pinjaman seperti dilakukan setiap 10 tahun). Keduanya dan apabila peminjam gagal bayar kembali kerana kekurangan aliran wang dalam ekonomi, maka keingkaran berlaku seawal 2 tahun pertama, dan bank menuntut keseluruhan 30 tahun kiraan riba pada masa hadapan.
Ini kekejaman dan keuntungan mereka tidak layak tuntut kerana Harga Jualan berasaskan tempoh 30 tahun tetapi peluang menduduki rumah hanya 2 tahun. Kini bank menuntut keseluruhan RM400k (ditambah pula dengan faedah Mahkamah 8% setahun + kos guaman) kerana perbankan Islam tiada riba, tetapi Harga Jualan RM400k yang dicampur riba 30 tahun. Mereka mengaut keuntungan masa hadapan sebelum tempoh matang dan melelong hartanah pada tahun ke-2. Cuba fikirkan jika bank dibenarkan menuntut Harga Jualan berdasarkan kiraan riba 30 tahun, maka adalah adil bagi Peminjam untuk mempunyai hak sama dan diberi peluang menetap selama 30 tahun (walaupun jika terdapat keingkaran ansuran bulanan). Bank sepatutnya hanya boleh membuat tuntutan Mahkamah apabila Peminjam selesai menetap selama 30 tahun.
Selanjutnya dan berbeza dengan perbankan kafir, keingkaran sama hanya melayakkan tuntutan hutang kurang dari RM100k berserta faedah setakat tarikh keingkaran (+faedah Mahkamah & guaman). Ianya tidak termasuk kiraan riba bagi tempoh baki 28 tahun pinjaman, dan undang-undang tidak membenarkan atas dasar ianya “denda atau penalti” yang tidak adil, iaitu keuntungan masa hadapan bukan kerugian sebenar dan Mahkamah bukan tempat mereka membuat keuntungan. Oleh itu bagi situasi perbankan kafir dan lelongan hartanah pada harga pasaran, hutang hampir langsai. Tetapi bagi perbankan Islam, anda tetap berhutang menghampiri RM500k apabila selesai perbicaraan/bankrup dan setelah ditolak hasil lelongan hartanah. Baki hutang sebanyak RM500k bagi pinjaman asal sekadar RM100k? Sistem yang tidak masuk akal, dan anda selamanya bankrup!!
bersambung...
0 comments:
Catat Ulasan