Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 7


Wang hari ini tidak berasaskan emas, tetapi berasaskan “Eligible Liabilities” (ciptaan wang atas angin dari janji hutang). Oleh itu adakah resolusi Islamic Fiqh Academy 1985-2000 benar apabila memutuskan “…Paper money is real money, possessing all characteristics of value, and subject to Shari’a rules governing gold and silver…” (p.47)? 

Kesan lebih besar ialah kerajaan terpaksa terus menerus berhutang untuk mencipta wang baru dan menampung kekurangan wang di dalam aliran ekonomi serta membantu meningkatkan taraf pendapatan rakyat. Hutang kerajaan akan menambahkan jumlah wang dalam ekonomi, dan akibatnya nilai wang sediada akan menjadi kurang nilainya. Namun itu dan yang lebih utama ialah kini kerajaan pula menjadi hamba hutang dan menanggung riba yang tidak akan terbayar. Situasi kerajaan sama seperti individu, tetapi mereka meminjam dari bos kepada parasit-parasit, iaitu Bank Negara dan Bank Dunia, ketua parasit-parasit yang hidup tidak bekerja tetapi memerah titik peluh masyarakat dunia. Hutang negara kini meningkat sehingga RM286 billion, dan meningkat setiap tahun. Sekiranya interest 10%, ini bermaksud RM28.6 billion setahun mesti diperuntukkan untuk bayaran riba. Adakah kita mampu membayar bunga ini (belum lagi principal)? Dalam pada itu kerajaan menggesa bank perdagangan meneruskan pemberian hutang untuk mengatasi kekurang wang di dalam ekonomi, dan pelbagai polisi serta kawalan Bank Negara digunakan bagi memastikan maksud ini tercapai.

 Ramai mati-matian berjuang mempertahankan sistem Yakjuj & Makjuj kerana ilusi kekayaan (ilusi syurga), tetapi hakikatnya diperdaya menjadi "Debt Slaves" kepada Lucifer (Iblis).

 Oleh itu akhirnya kerajaan sendiri menjadi hamba, dan terpaksa tunduk dengan gejala privatasi, globalisasi dan segala bentuk exploistasi yang akan mengorbankan agama, negara, dan seluruh rakyat. Lebih menyakitkan, matlamat asal meningkatkan pendapatan rakyat tidak tercapai kerana wang baru yang dicipta daripada pinjaman kerajaan akan lebih awal direbut oleh bank dan syarikat besar bermodal gergasi. Monopoli syarikat gergasi akan menyempitkan dan memusnahkan peluang pekerjaan. Lihat sahaja pasaraya gergasi memusnahkan pelbagai perniagaan lain dan peluang pekerjaan? Peluang pekerjaan juga akan semakin berkurangan kerana akan digantikan dengan teknologi yang bekerja 24 jam, tidak merungut atau bersembang, tiada cuti, gaji dan tanpa tanggungan bayaran2 KWSP dsbnya. Kesemua faktor ini akan menurunkan pendapatan dan memperbesarkan lagi lubang perhambaan rakyat.

Selainnya, apakah terjadi apabila ramai tidak layak membuat pinjaman atau hampir keseluruhannya telah membuat pinjaman? Ini bermaksud tiada ciptaan wang baru ke dalam aliran ekonomi, dan wang sedia ada dalam aliran akan diserap oleh riba hingga kering. Negara besar turut menghadapi masalah sama, tetapi mereka menekan negara kecil untuk globalisasi dan one world economy supaya mereka boleh membawa keluar wang kita masuk ke negara mereka serta menanggung riba mereka, iaitu dalam erti kata lain untuk memperhambakan kita supaya mereka boleh berhutang lebih lama dan hidup mewah.

Jika mereka menawarkan peluang pekerjaan, ianya bergaji hamba abdi dan bekerja separuh mati. Hamba abdi zaman dahulu lebih beruntung kerana makan, pakaian dan tempat tinggal (+keluarga) ditanggung tuannya, tetapi hamba abdi hari ini menjadi abdi dengan menanggung sendiri makanan, pakaian, tempat tinggal dan keluarga. Bagi anda mana lebih baik, perhambaan tradisional atau perhambaan moden? Bukan itu sahaja, mereka turut mengeksploitasi dan melancarkan perang ke atas negara lain bagi mendapatkan sumber pengeluaran murah, dan bagi bersaing di pasaran yang majoritinya bergaji hamba abdi (kuasa beli rendah).

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: