Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Emas pelaburan Kedai Emas vs. Emas pelaburan Public Gold

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang perbezaan membeli emas pelaburan di kedai emas dan membeli emas pelaburan di Public Gold. Yang mana lebih sesuai? Keputusannya di tangan anda. Anda berhak memilih yang mana anda suka. Saya sekadar berkongsi perbezaannya.






 

Perbezaan dari segi harga

Emas pelaburan di kedai emas akan menggunakan harga dari FGJAM iaitu RM142/gram (pada 5 Nov 2009) bagi emas 999 dan RM134/gram bagi emas 916.

Emas pelaburan di Public Gold menawarkan harga-harga berikut (pada 9 Nov 2009)
20gram emas 999 - RM2654 + RM10 (delivery) = RM2664 / 20gram = RM133.20/gram
50gram emas 999 - RM6603 + RM20 (delivery) = RM6623 / 50gram = RM132.46/gram
100gram emas 999 - RM13144 + RM30 (delivery) = RM13174 / 100gram = RM131.74/gram
1 Dinar emas 916 - RM550 / 4.25gram = RM129.41/gram
5 Dinar emas 916 - RM2739 / 21.25gram = RM128.89/gram
10 Dinar emas 916 - RM5455 / 42.5gram = RM128.35/gram

Perbezaan dari segi stok

Emas pelaburan di kedai emas amat terhad dari segi stok.
Emas pelaburan di Public Gold mudah memperolehi stok. Bilangan agen yang ramai akan memudahkan kita untuk mendapatkan stok

Perbezaan spread harga

Emas pelaburan di kedai emas mempunyai spread antara 15% - 25% (adalakalanya pihak tokey emas boleh meletakkan spreadnya tersendiri, bergantung kepada kedai emas)
Emas pelaburan Public Gold mempunyai spread antara 5% - 6%. Semua emas yang dijual Public Gold menerusi agen atau terus dari syarikat akan menggunakan spread yang sama.

Masalah tercalar, kemek atau patah

Kedai emas akan mengenakan tambahan potongan harga jika emas-emas yang mereka jual tercalar, patah atau kemek.
Public Gold akan menerima emas yang tercalar, patah atau kemek tanpa sebarang tambahan pada potongan harganya.


Saya rasa itu sahaja yang boleh saya kongsikan buat masa ini. Jadi pilihan di tangan anda. Mana-mana sifu atau peniaga dan pelabur emas yang hendak menambah point-point di sini. Di persilakan. Sharing is caring. Right?

Wassalam

P.S : Post dari putremas menceritakan perincian yang menarik tentang perbezaan emas-emas pelaburan. Klik sini untuk melihat catatan beliau


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: