Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Berita TV9 melaporkan orang ramai berpusu-pusu membeli barang kemas untuk pelaburan

Salam,

Sekadar berkongsi pandangan.

Satu perkara telah menarik perhatian saya semasa menonton berita jam 8 mlm di TV9. Salah satu kandungan berita tersebut telah melaporkan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke sebuah kedai emas yang menawarkan diskaun sehingga 70% ke atas emas yang dijual di premis mereka. Walaupun kita sedia maklum, harga emas pada masa kini agak tinggi, tetapi kita dapat lihat orang tetap membelinya. Oleh yang demikian tiada istilah mahal dalam membeli barang kemas ataupun emas pelaburan.

Laporan ini juga telah mendapatkan pandangan orang ramai tentang emas. Ada yang mengatakan yang mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan. Antaranya menyatakan jika memerlukan wang mereka boleh menggadaikan emas untuk mendapatkan wang. Dan ada juga yang menyatakan mereka membeli emas (barang kemas) untuk pelaburan, iaitu bila harga naik, emas tersebut boleh dijual semula. Di sini kita dapat lihat kesedaran orang ramai tentang pelaburan emas telah bertambah baik. Namun demikian jenis emas yang mereka pilih untuk pelaburan emas ini adalah kurang tepat kerana mereka memilih barang kemas sebagai emas yang hendak dijadikan pelaburan. Walahal pelaburan emas yang terbaik adalah dengan membeli emas pelaburan dalam bentuk jongkong/wafer emas 999 ataupun syiling emas atau dinar emas 916. Di mana harganya adalah lebih rendah berbanding barang kemas di kedai emas, dan jualan semula hanya ditolak 5% - 6% berbanding kedai emas yang menolak harga jualan sehingga 15% - 25% dan adakalanya sehingga 40%. Ini sudah tentu amat merugikan.

Di sini saya boleh katakan bahawa, walaupun kesedaran tentang emas nie telah meluas di kalangan orang kita, namun kesedaran dan pengetahuan untuk memilih emas yang hendak dibeli masih kurang. Ini jelas apabila ramai orang masih kurang pengetahuan tentang emas pelaburan yang sebenar yang mampu memberi keuntungan yang lebih baik berbanding barang kemas.

Oleh yang demikian sudah menjadi tanggungjawab kita (pelabur dan peniaga emas pelaburan) sebagai orang yang lebih berpengetahuan dalam emas untuk memberikan penjelasan dan penerangan bagi memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada orang ramai. Dengan demikian, orang ramai akan lebih berpengetahuan dalam menentukan alternatif-alternatif emas yang terbaik yang mereka boleh gunakan sebagai pelaburan yang lebih baik dan lebih menguntungkan.

Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: