Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 6

Kesemua ini adalah di antara kesan daripada sistem bank yang mewujudkan situasi wang di dalam aliran ekonomi tidak akan dapat melangsaikan jumlah riba yang lebih jauh berganda daripada jumlah ciptaan wang melalui pinjaman. Ini adalah perangkap dan perdayaan memastikan wang sentiasa kurang dan sebahagian besar pinjaman dan riba tidak berjaya dibayar! Oleh itu setiap hari akan ada mereka yang bankrup kerana kekurangan wang di dalam aliran ekonomi untuk menampung jumlah riba yang jauh berganda-ganda daripada jumlah ciptaan wang melalui proses pinjaman!

Penerangan bagaimana situasi wang tidak cukup di dalam ekonomi dan ketamakan bank membankrupkan sebuah negara

Apakah maksud kesemua ini? Inilah perhambaan dan hanya permainan masa untuk memiskinkan dan membankrupkan semua masyarakat. Jika semua wang dan harta dirampas, masyarakat akan tetap masih berhutang banyak dengan bank. Jika bank baik hati menghapuskan kesemua hutang dan permainan bermula kembali 0-0, kesannya akan tetap sama dan bank akan memperolehi kembali kesemua wang dan aset. Kita akan kembali berhutang banyak walaupun semua wang dan aset diserahkan kepada makhluk parasit ini. Ini kerana ianya adalah permainan yang mana makhluk Parasit akan menjadi “Master” diakhir permainan! (akhir sekali dikuasai “Ketua Parasit” dan mereka yang menguasainya)

 Seksyen 6 Akta Bank Negara Malaysia 1958 memperuntukkan kerajaan memiliki 10% saham Bank Negara. Pemilik 90% saham? Mungkin juga keberangkaliannya 90% kebetulan sentiasa berlaku di seluruh dunia.

Sebagai tambahan, sistem ekonomi kapitalisma pula akan lebih memburukkan keadaan kerana wang yang hanya boleh dicipta dari hutang akan dibolot oleh hanya sebilangan kecil individu kaya, dan meninggalkan berjuta-juta peminjam bermati-matian berebut mendapatkan baki wang yang sedikit di dalam ekonomi. Mereka yang membolot wang akan menekan pekerja dengan gaji rendah dan kerja hamba abdi. Pekerja-pekerja bekerja 24/7 dan masih tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk hidup dan membayar hutang.

Dahulunya dengan hanya satu pekerjaan, bapa menjadi ketua menyara seluruh kehidupan keluarga. Namun itu kini tidak lagi sedemikan dan semua ahli keluarga terpaksa bekerja untuk hidup (bukan untuk mewah). Setiap orang terpaksa membuat pelbagai jenis pekerjaan pada masa sama. Ada pula mereka yang terpaksa gadaikan nyawa dengan pinjaman along beberapa ratusan ringgit sahaja. Perniagaan along pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan (kerana permintaan tinggi) dan ramai disiksa atau terpaksa meninggalkan rumah serta anak bini apabila gagal membayar.

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 5

Persoalan 2: Berapakah wang dalam aliran ekonomi, dan perbezaan jumlah yang perlu dibayar kembali?

Bayangkan wang belum wujud di dalam ekonomi (assuming selepas kerajaan keluarkan bon) dan Bank mencipta wang RM100k, oleh itu, hanya RM100k mengalir di dalam aliran ekonomi. Namun itu, bank meletakkan terma perjanjian untuk Peminjam membayar kembali RM400k, iaitu tambahan RM300k (riba) yang tidak dicipta untuk mengalir di dalam ekonomi. Ini bermaksud bank mewujudkan situasi Peminjam tidak berupaya memenuhi terma Perjanjian Pinjaman, iaitu keingkaran kontrak dan disaman di Mahkamah.



Persoalan 3:  Apakah kesan wang dikehendaki bayar melebihi wang dicipta ke dalam aliran ekonomi?

Kembali kepada situasi Harga Jualan RM400k di atas, wang dicipta ke dalam aliran ekonomi hanyalah RM100k. Persoalannya dari manakah Peminjam akan mendapatkan tambahan RM300k memandangkan wang riba tidak dicipta? Sekiranya bank memberi pinjaman baru untuk menampung kekurangan bayaran riba asal RM300k, maka kesannya tetap sama dan akan ada pula masalah yang lebih besar, iaitu kekurangan bayaran pinjaman baru dan riba baru yang lebih besar.  Bank dengan itu akan terus menerus memberikan pinjaman sehinggalah majoriti telah membuat pinjaman. Apabila ini terjadi, apakah kesannya? Kesannya ialah:
1. Kekurangan wang untuk menyelesaikan hutang dan riba
2. Kemungkiran kontrak pinjaman pasti!
3. Bankrup adalah pasti!
4. Hutang kerajaan tidak terbayar pasti!

 Kini adakah anda mengetahui bagaimana secara tiba2 kerajaan memiliki RM60 billion walaupun terpaksa berhutang dengan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan RM5 billion? Aduhai, nampaknya inflasi akan meningkat teruk dan pendapatan akan menjadi semakin kecil...

Cuba hitung sendiri ruangan bankrup dan penggulungan diakhbar tempatan setiap hari! Bagaimana pula jumlah mereka yang disaman tetapi tidak diistiharkan bankrup melalui undang-undang atau penyelesaian di luar Mahkamah? Cuba hitung lelongan kenderaan dsbnya. Cuba hitung ribuan kes perbankan yang difailkan di Mahkamah setiap bulan, atau gambarkan jumlahnya melalui ribuan firma guaman yang boleh hidup mewah dengan sekadar menjadi panel bank? Berapa banyak rumah yang dilelong atau berapa juta orang telah bankrup? Kenapa kejatuhan harga lelongan sehingga serendah 70% atau tidak dapat dilelong? Kenapa hampir keseluruhan rakyat merasa sukar mencari nafkah pada hari ini? Kenapa Manager Bank hari ini seperti Salesman dan terpaksa bertungkus lumus mencari peminjam?

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 4

Persoalan 1: Berapakah wang yang dicipta daripada Pinjaman ini?

Sistem wang hari ini menyatakan bank tidak meminjamkan wang pendeposit, tetapi meminjamkan wang yang mereka cipta atas angin. Asas bagi mencipta wang atas angin bergantung kepada jumlah pinjaman di dalam Perjanjian Pinjaman (tidak termasuk jumlah riba). Oleh itu daripada proses pinjaman RM100k, bank akan menciptakan wang atas angin  sebanyak RM100k.
 Klik untuk muat turun Modern Money Mechanics

Ini bukan wang yang mengalir secara nyata di dalam negara (money of exchange, iaitu jumlah wang kertas yang kurang dari 3% dari keseluruhan wang negara), tetapi wang semata-mata direkodkan di dalam sistem (money of account).

Money of account tidak perlu dicetak kerana hampir keseluruhan pembayaran berjumlah besar akan dibuat menggunakan cek atau pemindahan kredit melalui sistem komputer. Sila fahami kaedah perbankan dan teori ciptaan wang pada video dibawah sebelum meneruskan bacaan.




Di Malaysia Fractional Reserve System dikenali sebagai Statutory Reserve Requirement


Court’s Case & Legal Information

Perhatikan Bank Negara mencetak wang kertas atas angin $1k kerana kerajaan mengeluarkan bon $1k (~ I.O.U). Pekerja menerima bayaran $1k dan mendepositkan dalam Bank Perdagangan. Bank Perdagangan akan mencipta $9k atas angin melalui pemberian pinjaman baru $9k, dan berasaskan $1k yang dijadikan rizab Bank Negara. Kini wang dalam ekonomi bukan $1k, tetapi berkembang menjadi $1k + $9k, dan ciptaan wang baru seterusnya akan berganda dari liabiliti $9k. Oleh itu jumlah wang = jumlah hutang (lebih tepat: jumlah wang < jumlah hutang + riba). Persoalannya adakah sistem mencipta wang daripada hutang (atas angin) halal atau riba? Bank Negara dan Perdagangan mencipta wang secara atas angin dan menjadikan kerajaan dan rakyat berhutang kepada mereka.

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 3

Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam bukunya Tipu Daya halalkan Riba atau Fawa’id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab Media,Terbitan 1997 menyatakan:

“..ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian, perkilangan atau pembinaan… Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang utama yang memakan dan yang diberi makan (maksudnya bank hidup seperti parasit dengan tidak tahu berusaha sendiri untuk hidup, tetapi berusaha menghisap darah dan memerah titik peluh orang lain untuk hidup, dan kemudiannya memusnahkan mereka yang bekerja untuk memberinya kehidupan)…”; Dr Yusuf Al-Qaradawi

Bayangkan dahulunya bank berasal daripada individu perseorangan. Seluruh masyarakat kampung berusaha mencari rezeki tetapi individu ini hidup goyang kaki memerah titik peluh orang lain untuk hidup senang. Mereka menggunakan konsep “money work for you” dan mewujudkan situasi hutang tidak berupaya dibayar untuk merampas aset dan hartanah.

Kita dapat hidup jika dilepaskan seorang diri di dalam hutan, tetapi parasit bank mati kebuluran kerana tidak tahu berusaha sendiri mencari makan. Inilah sifat parasit dan Allah swt memberikan gambaran parasit seperti di bawah (konsep riba):

“…Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang diusahakannya…”; an-Najm:39

Melalui konsep parasit “money work for you“, mereka yang bekerja dengan titik peluhnya berhutang untuk menaiki kereta kancil dan tinggal dirumah burung merpati, tetapi mereka yang tidak bekerja tinggal dibanglow tepi pantai dengan berbiji-biji Mercedes.

Kembali kepada nilai rumah RM100k dan perbankan Islam al-Bai-Bithaman Ajil, kita mengambil angka terdekat RM400k sebagai Harga Jualan kepada Peminjam. Sekarang kita teruskan dengan rasional larangan riba dan perbankan Islam. Kita akan melihat bagaimana permainan mereka bukan setakat itu sahaja, tetapi jauh lebih dasyat dan advance daripada orang-orang kafir Yahudi dan Kristian. Kita akan meninjau rasional dan menentukan sendiri sejauh mana kebenaran dakwaan ulama perbankan bahawa “makhluk parasit” ini diredhai Allah swt .

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 2

Kembali kepada fakta dan sistem inilah yang didakwa ulama-ulama perbankan Islam sebagai bukan riba, tetapi perniagaan yang disukai oleh Allah swt. Ini kerana mereka tidak mengenakan faedah, tetapi melibatkan Harga Jualan rumah daripada bank kepada Pembeli (Peminjam). Apakah pendapat anda? Adakah ini riba? Saya katakan ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya: “…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”; al-Quran: Al-A’raaf:163 

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah Al-A’raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.

Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.

Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir. Itulah mereka yang sebenarnya, dan kini siapakah dipermainkan?

Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam hari ini? Tiada bezanya!! Mereka menyatakan larangan Allah ialah hutang dengan riba, maka mereka berniaga dengan hutang yang bercampur riba (kononnya perniagaan) dan menyatakannya bukan riba. Sistem bank konvensionl dan sistem perbankan Islam adalah sistem yang sama, hakikatnya menjalankan transaksi yang semata-mata untuk memberi hutang dan mendapat keuntungan melalui “tambahan” (riba) dalam perniagaannya memberi hutang.

Perbezaannya sistem perbankan Islam sekadar menukarkan “nama” kepada Islam dan jual-beli. Orang buta pun boleh mengenali perdayaan ini (yg tidak bertuhankan nafsu), dan maka itu terdapat hadis mengatakan akan datang  suatu masa mereka menghalalkan riba dengan jual beli. Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang akan dipermainkan, samada mereka atau Allah swt.

“…mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba“. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…; Al-Quran: al-Baqarah: 275

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 1

Fakta Perbincangan: Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan anggaran kadar riba pada kadar 9% setahun (+BLR%). Mengikut prinsip perbankan Islam al-Bai-Bithaman Ajil, bank akan membeli rumah daripada pemaju pada harga RM100k, dan kemudian menjualkan kepada anda pada harga RM400k.

Bagaimana rumah yang berharga RM100k boleh menjadi RM400k? Ini kerana bank mencampurkan kiraan riba 30 tahun dan pada kadar 9% setahun (RM9,000 x 30 tahun + RM100k). Bagaimana kalau rumah anda berharga RM200k? Maka jumlah dicampur riba ialah RM800k, RM1.2 juta bagi rumah berharga RM300k, dan seterusnya.

Bagaimana pula pinjaman peribadi Bay’ al-‘Inah berjumlah RM14k, kadar faedah 9% setahun dan bayaran kembali 7 tahun? Bank menjual sahamnya sendiri yang bernilai sebenar RM14k, tetapi ditambah menjadi RM22.8k. Bagaimana saham RM14k menjadi RM22.8k? Ini kerana bank mencampurkan riba 7 tahun (RM1,260 x 7 tahun + RM14k). Setelah anda membeli dengan harga tambahan RM22.8k, anda wajib menjual kembali saham kepada bank dengan harga asal RM14k. Oleh itu anda perolehi tunai RM14k kerana menjual saham yang belum anda miliki (belum selesai bayar), dan membayar ansuran 7 tahun untuk melangsaikan hutang beli saham RM22.8k.

Fakta sekadar menunjukkan konsep sistem dan pihak pembaca boleh membuat penyelidikan bagi kadar faedah dan kiraan yang tepat. Perbincangan memfokuskan perbezaan yang menggambarkan kesan apabila bank meminta Peminjam membayar wang yang lebih besar daripada wang yang dicipta di dalam ekonomi  ["Wang dikendaki bayar (principal +riba)" > "Wang dicipta atau wujud (principal)"]. Anda juga disarankan membaca kisah berkaitan Sejarah Knights Templar dan Yahudi Zionis (must read) dan melihat bagaimana mereka berjaya menguasai sistem dan perbankan hari ini.


Great Deception of Islam Banking! Muslim *MUST SEE*

bersambung....


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri Pengenalan

Salam semua,

Satu lagi artikel yang saya kira sangat menarik dan sangat membuka mata. Semoga ianya dapat membantu kita dalam meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Semoga kita diberi petunjuk untuk melepaskan diri dari dosa-dosa riba. Untuk makluman semua, artikel ini agak panjang, Jadi saya akan cuba pecah-pecahkan ia kepada pecahan kecil bagi memudahkan anda semua membacanya. Saya akan buatkan ia dalam beberapa catatan dengan harapan anda dapat menghayatinya dengan lebih baik dan mendapat manfaat daripadanya. Pecahan catatan ini membolehkan anda mengikutinya dengan lebih tenang tanpa perlu rasa sukar untuk menghabiskan bacaan anda. Walau bagaimanapun jika anda mempunyai banyak masa untuk membacanya maka boleh terus ke link berikut untuk membaca catatan asalnya.http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/05/usury/

Secara ringkasnya siri ini akan membawa anda semua kepada pendedahan terhadap sistem perbankan dunia, sama ada bank konvesional mahupun bank Islam itu sendiri. Adakah ianya berbeza? Adakah sistem perbankan Islam mendukung perjuangan muamalah dan ekonomi Islam? Ingin tahu jawapannya, sila nantikan catatan berikut yang akan memaparkan pendedahan ini. Anda mungkin akan terkejut dengan pendedahan ini. Jadi siapkan diri anda untuk menerima sesuatu yang bakal mengejutkan anda.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy