Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Dinar Emas lebih berkuasa berbanding senjata nuklear

Salam Bloggers,

Aku sharekan satu artikel yang menunjukkan kepoweran emas. Aku lupa dari mana aku dapat dan sape penulisnya. yang ade cuma tarikh ngan tajuk je. Untuk membuka minda kita tentang emas.

Dinar Emas lebih berkuasa berbanding senjata nuklear

Sun Feb 04, 07 9:42:54 pm MYT

Seperti yang diketahui, AS mempunyai hutang awam dan persendirian yang sentiasa berganda sejak 1995. Pada 2003 hutang berkenaan berjumlah A$34 trilion (AS$34,000,000,000,000 atau RM124,000,000,000,000). Hutang di AS berkembang lebih pesat berbanding pendapatan.

Rakyat Amerika mampu hidup mewah melebihi kemampuannya bukan disebabkan ketekunan mereka bekerja tetapi mereka bergantung kepada mata wang dolar mereka. Selagi seluruh dunia mempunyai keyakinan terhadap dolar sebagai matawang rizab dunia, selagi itulah mereka hidup bermewah-mewah.

Jika seorang pekerja bekerja dan menyimpan titik peluhnya dalam bentuk matawang, ianya tidak selamat kerana mudah di spekulasikan. Contohnya bulan ini RM30 mungkin boleh membeli seguni beras, setelah dispekulasikan mungkin nilainya sekadar separuh guni beras sahaja. Begitulah cara sistem dunia mengaut keuntungan dan mencuri titik peluh seseorang.

Sebagai jalan selamat, kita perlu menggunakan Dinar Emas. Umat Islam boleh mencapai banyak kejayaan, jika menggunakan dinar emas Islam sebagai matawang untuk perdagangan antarabangsa. Dinar emas tidak mudah untuk dispekulasikan menjadikan pihak Barat sukar untuk mencuri titik peluh 1.5 bilion umat Islam. Kekayaan umat Islam boleh disatukan dalam satu matawang sendiri.

Dinar emas sebenarnya lebih berkuasa berbanding senjata nuklear, kerana dinar emas mampu meranapkan dan meruntuhkan mana-mana empayar yang sombong dan angkuh seperti AS. Sebagai contohnya Kesatuan Soviet tidak tumbang melalui peperangan tetapi melalui senjata ekonomi oleh AS. Masalahnya 50 negara Islam ini belum mampu lagi bersatu. Negara -negara Arab masih lagi setia kepada Amerika. Arab Saudi adalah negara kaya dengan sumber semula jadi dan mempunyai dana yang banyak, malangnya dana itu digunakan untuk mengukuhkan dolar AS. Mereka inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam.

Tindakan AS memberi bantuan dan pinjaman kepada negara-negara Arab membelenggu kebebasan mereka. Sikap para pemimpin Arab yang terlalu tamak dengan kuasa dan material mengakibatkan dunia Islam sukar membuat keputusan untuk kepentingan bersama.

Mesir boleh dijadikan contoh di mana AS berjaya melunturkan negara yang dianggap penting dalam Liga Arab hanya dengan bantuan sebanyak AS$2 billon setiap tahun.

Sungguhpun bangsa Arab dikebali dengan sifat degil tetapi perasaan takut kehilangan kuasa dan kekayaan mengalahi segala-galanya. Pemimpin-pemimpin negara Arab Saudi, Mesir, Qatar, Kuwait, Jordan dan Maghribi adalah penyokong kuat AS. Mereka menjadi masalah kepada umat Islam terutama dalam membuat keputusan.

Kita harus membebaskan diri dari cengkaman AS. Seperti yang diketahui, AS adalah negara yang banyak mencaturkan politik dunia. Di Afganistan contohnya, setelah kejatuhan Taliban terdapat usaha untuk merosakkan generasi muda Afghan. Penyebaran VCD lucah berleluasa, gejala penagihan arak dan kemudahan penanaman ganja yang tidak terkawal. Mereka juga mewujudkan pub-pub dan kafe siber yang membekalkan bahan-bahan lucah untuk meruntuhkan akhlak generasi muda Afganistan.

Kemelaratan hidup penduduk di negara Afrika juga berpunca dari mereka. Sebenarnya negara-negara Afrika boleh berkembang dan maju seperti negara lain. Dasar Barat terhadap Afrika menyekat ianya berlaku. Ini kerana mereka ingin membenarkan sistem perhambaan oleh nenek moyang mereka dahulu, bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa generasi Afrika di Barat lebih beruntung berbanding di tempat asal mereka.

Kesimpulannya Negara -negara Islam perlu menyokong penggunaan Dinar Emas kerana ia lebih berkuasa daripada senjata nuklear. Penggunaan Dinar Emas juga dapat memajukan dan membebaskan ummah dari belenggu kemiskinan. Masalah utama untuk merealisasikan Dinar Emas adalah rasuah politik negara Barat. Pemimpin-pemimpin negara Barat perlu membebaskan diri dari rasuah politik kerana ia adalah kesenangan yang bersifat sementara. Sejarah telah membuktikan sekatan ekonomi AS telah memajukan Iran, dan sejarah juga telah membuktikan mereka yang menerima rasuah politik dari Barat hidup dalam kehinaan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Nak simpan emas ke nak simpan duit

Salam,

Rase ramai dah blogger tanya soalan nie. Takpe la... aku pun saje je nak memeriahkan soalan nie pada semua yang masih ragu-ragu. Mana satu korang pilih..... simpan EMAS atau simpan WANG je.

Renung-renungkan gambar di bawah.

Untuk pengetahuan anda semua, nilai wang dan nilai emas dalam gambar tu adalah sama pada hari ini iaitu 23/10/2009. Cuba simpan wang tu dalam buku simpanan selama beberapa tahun. Berapa nilainya? Emas berapa pulak nilainya?

Jadi apa alasan anda untuk tidak menyimpan emas... Kongsikan masalah anda. Insya-Allah mungkin ada yang dapat membantu.

"Lu fikir la sendiri" seperti kata Nabil Raja Lawak musim 2.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Wang fiat punca kekayaan umat Islam tergadai

Petikan daripada HarakahDaily.Net
Maslan Yusoh Wed Sep 20, 06 4:31:58 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Sept (Hrkh) - Harta kekayaan umat Islam akan jatuh ke tangan orang bukan Islam memandangkan sistem kewangan fiat tidak dikuasai mereka, kata Prof Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.

Wang fiat dimaksudkan wang yang tiada nilai intrinsik tersendiri, sama seperti wang kertas dan wang elektronik yang digunakan sekarang.

"Dari perspektif ekonomi politik, berpindahnya kekayaan kepada institusi-institusi kewangan akan mengakibatkan berpindahnya juga kedaulatan serta kuasa politik kepada mereka.

"Mereka akhirnya akan menjadi pemerintah sebenar sesebuah negara," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Dinar Emas di sebuah hotel di sini, hari ini. Kertas kerjanya bertajuk 'Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al Syariah'.

Seminar itu diadakan sempena pelancaran Emas Dinar Kelantan yang pertama dilakukan dalam sejarah kewangan Islam di negara ini. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Permodalan Kelantan Bhd.

Dr Ahamed Kameel dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, mereka yang mengeluarkan wang fiat akan menikmati kuasa begitu mutlak kerana mempunyai kuasa beli di seluruh dunia.

Menurutnya, kuasa beli itu telah dinikmati Amerika Syarikat sejak sekian lama dan sekarang dicabar pula oleh Euro.

Katanya, dengan kuasa beli antarabangsa ini mereka dapat melaksanakan agenda-agenda termasuk membiayai Israel dan menindas umat Islam di serata dunia.

"Dengan memberi hutang menggunakan wang fiat yang mereka ciptakan, banyak negara membangun telah pun terperangkap dalam satu perangkap hutang. Tidak dapat bayar walaupun bahagian faedahnya, apa lagi pokoknya.

"Akhirnya kuasa politik dan pengurusan negara jatuh ke tangan institusi-institusi kewangan antarabangsa. Oleh yang demikian beransur-ansur harta kekayaan umat Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam," ujarnya.

Beliau juga memetik ahli ekonomi Islam masa kini, Umer Chapra yang menyebut sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam.

Negara-negara Islam menyelesaikan masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular.

Menurutnya juga, terdapat tiga ciri sistem kewangan masa kini yang mempunyai sifat-sifat riba iaitu wang fiat, perbankan fractional rezab dan riba.

Sehubungan itu beliau mengajak umat Islam memperjuangkan penggunaan wang emas kerana ia mempunyai nilai intrinsik tersendiri, yang sudah terbukti dalam sejarah ketamadunan manusia.

Bekas Pengurus Kanan Pengurusan Projek Bank Pembangunan Malaysia (M) Bhd, Hajah Nik Mahani Mohamad mendedahkan perjanjian Bretton Woods pada 1944, di mana 44 negara bersetuju bersandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada Dollar Amerika.
"Mengapa dunia memberikan persetujuan menggantikan gold standard dengan American Dollar.. dan betapa deception mereka. Dan sejak 1971 Dollar Amerika tidak lagi disandarkan kepada emas.

"Tindakan unilateral Presiden Nixon menandakan berakhirnya sistem piawai emas. Sehingga hari ini dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran pertukaran asing," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Kembalinya Dinar, Sejarah dan Implikasinya'.

Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, Dr Rosli Yaakop pula berkata, wang kertas yang digunakan di Malaysia adalah dibuat daripada 'kain buruk' yang begitu murah nilainya.
Menurutnya juga, penggunaan dinar emas dan dirham bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berakhir selepas Daulah Othamaniah tumbang pada 1924.

"Selepas dilupakan kira-kira tiga suku abab, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam," katanya.
Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan termasuk dihadiri peserta dari luar Kelantan. Ia dirasmikan anggota Exco, Dato' Husam Musa. Manakala petang ini pelancaran Emas Dinar Kelantan dilakukan Menteri Besar.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Tahukah anda...?

Salam semua bloggers,

Maaf le sebab dah lama tak post dalam blog nie. Bukan ape, tau je la musim raye nie...banyak bende yang nak dikejarkan. Di samping tu, tak banyak yang boleh saya updatekan dalam diari saya nie. Walau bagaimanapun saya tetap bersemangat dalam emas nie. Sebab saya nampak satu peluang perniagaan yang jauh berbeza dengan perniagaan lain. Perniagaan apa yang kalau kita simpan je stok barangan kita dalam jangka panjang dan stok tu tak rosak, tak susut nilai dan tak merugikan kita? Sudah pasti anda mesti jawab tiada perniagaan yang kalau kita tak jual stok kita, kita akan tetap untung.

Tetapi sebenarnya ada... Mungkin anda belum berjumpa dengannya lagik. Oleh yang demikian biar saya beritahu anda bahawa perniagaan emas mampu memberi keuntungan kepada anda walaupun anda tidak menjual emas anda. Bagaimana boleh jadi begini? Sudah tentulah disebabkan sifat emas yang harganya dalam trend menaik pada masa kini. Sudah pastinya keuntungan di pihak anda. Mari kita lihat contoh....

Maklumat daripada salah satu blog yang saya terokai. Klik link di bawah ini
http://emasdinar.blogspot.com/2007/05/analisis-harga-igd-pada-awal-mei-2007.html

Harga dinar emas pada Mei 2007 adalah sekitar RM340 - RM360
Harga dinar emas pada hari ini 14Oktober 2008 sekitar jam 12:45 tgh ialah RM529Daripada contoh ini, bukankah anda sudah menjana kauntungan jika anda mula berniaga emas pada Mei 2007 dan menyimpan emas tersebut (dalam erti kata lain tiada pembeli).

Berapa keuntungan yang anda perolehi? Lebih kurang 46% selama lebih kurang 3tahun bersamaan dengan lebih kurang 15% setahun.

Jadi apa yang anda tunggu? Mulakan langkah anda... paling tidak mulakan menyimpan emas sedikit demi sedikit...

Wassalam.

P.S. Anda mungkin juga tertarik dengan post di bawah.
http://dinar916.blogspot.com/2009/08/prestasi-public-dinar-sebulan.html


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

Apa pandangan korang tentang perancangan aku nie?

Katakanlah

Wife aku ade 200K dalam ASB.

Sebelum tu tujuan perancangan nie adalah untuk memaksimumkan ASB aku dan keluarga aku.

Wife ade 200K ASB --> convert to sijil --> apply OD (katakan 90% from ASB) = 180K.

Saya ade zero ASB --> dump 180K OD dalam ASB --> now ASB ade 180K --> convert sijil lagik --> top-up OD lagik (katakan 90% from ASB) = 162K

Pastu 162K tu buat le bizz nak tambah income. Ok tak?

Mintak le sape2 yang boleh bagi pandangan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy