Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Perkembangan terkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Maafkan saya kerana sudah agak lama tidak mencatatkan sebarang nukilan di dalam blog ini. Bukan sudah bersara, atau merajuk tetapi kesibukan urusan dan masa tidak mengizinkan saya untuk mencatatkan perkembangan terkini saya.

Alhamdulillah, terkini perniagaan emas saya mula menampakkan hasil yang lebih baik daripada sebelum ini. Kalau sebelum ini pendapatan hasil dari menjadi agen agak kecil, tetapi kini saya mampu tersenyum kerana hasil perniagaan emas yang saya jalankan sudah menunjukkan hasil yang agak lumayan.

Sesungguhnya ilmu yang saya pelajari telah membuka mata saya dalam selok belok perniagaan. Ianya tidak hanya dapat digunakan di dalam perniagaan emas, tetapi boleh juga digunakan di dalam perniagaan-perniagaan lain. Pengurusan yang jujur dan amanah mampu membawa kejayaan kepada sesebuah perniagaan walaupun perniagaan itu kecil.

Sepanjang penglibatan saya dengan perniagaan emas, baru kini saya sedar bahawa, perniagaan (bukan sahaja emas, malah semua jenis perniagaan) memerlukan komitmen, kesabaran dan pengorbanan yang besar. Tanpa komitmen, kesabaran dan pengorbanan ini, maka agak sukar untuk perniagaan kita berkembang. Saya melalui pengalaman, di mana saya perlu merancang penggunaan masa dengan berkesan, penggunaan masa terluang perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin bagi membolehkan segala perancangan kita dapat dilaksanakan tepat pada masanya.

Dalam mempelajari selok-belok ilmu perniagaan saya didedahkan dengan perkara-perkara yang dianggap musuh dalam kejayaan sesebuah perniagaan. Saya diajar bahawa dalam perniagaan ini ada 4 musuh yang menjadi batu penghalang kepada kejayaan perniagaan kita.

1. Musuh di dalam diri kita sendiri
Sifat-sifat negatif seperti, takut, tidak yakin, tidak percaya, malas, dan sebagainya akan sentiasa menjadi batu penghalang kepada kejayaan perniagaan kita.

2. Musuh pada diri orang yang dekat dengan kita (isteri kita)
Sifat-sifat tidak faham atas tindakan-tindakan yang melibatkan perniagaan kita merupakan sifat yang tertanam di dalam diri orang yang dekat dengan kita. Sifat-sifat ini menyebabkan kita sentiasa tidak mendapat sokongan dalam menjalankan perniagaan kita. Oleh yang demikian kita perlu memberi pemahaman yang boleh diterima olehnya supaya dapat memahami perniagaan yang kita jalankan.

3. Musuh pada diri keluarga kita
Sifat pada ahli keluarga kita juga adalah salah satu daripada musuh bagi kejayaan di dalam perniagaan kita. Keluarga yang tidak faham dan tidak memberi sokongan akan menjadi penghalang kepada kejayaan yang kita hendak capai.

4. Musuh pada diri rakan-rakan kita
Rakan-rakan juga menjadi pendorong kejayaan dan kegagalan perniagaan kita. Jika kita tidak kuat dan tidak sabar, kita akan dengan mudah terpengaruh dengan percakapan dan hasutan rakan-rakan kita.

Jadi apabila kita jelas akan musuh-musuh dalam kejayaan perniagaan, maka perlulah kita sentiasa berhati-hati dalam menerima dan mendengar pandangan orang lain. Kita bukan bermusuh dengan keluarga dan rakan-rakan kita, tetapi sifat di dalam diri mereka itu sebenarnya musuh dalam perniagaan kita. Kita boleh meminta pandangan daripada mereka, tetapi jangan sampai pandangan mereka yang kita terima itu menyekat kita menuju kejayaan dalam perniagaan.

Insya-Allah akan saya sambung lagi pengalaman saya dalam melalui liku-liku perjalanan di dalam perniagaan. Alhamdulillah... apa yang berlaku adalah atas ketetapan yang Allah SWT telah tentukan. Saya bersyukur telah diberi peluang untuk terlibat dalam perniagaan yang saya minati.

Wa Allahu Alam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

1 comments:

Neil Shaffer Rabu, 18 Disember, 2013

Hi,

I hope this message finds you well,

My name is Neil; I'm the affiliate manager @ BinaryOffers.com
I saw that you are promoting few interesting offers,
So I'd like to take this opportunity and invite you to join us.

We offer an Extremely high commissions and the best service online.

I'll be more than happy to start working with you and introduce to you few of our offers.
You can send me an email or add me to your Skype (aff.binaryoffers) so we can discuss.

All the best my friend,
Neil
neil@binaryoffers.org