Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

DULU emas adalah simpanan, KINI emas adalah simpanan dan satu urusniaga jual beli jangka pendek yang sangat menguntungkan

Salam semua pembaca,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan walafiat di dalam bulan yang mulia ini. Rasanya masih sempat untuk saya ucapkan selamat berpuasa. Semoga amalan puasa kita akan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Pada catatan ini saya ingin mengubah persepsi saya tentang pelaburan dan urusniaga emas. Sebelum ini saya ada menulis dan berkongsikan pandangan saya tentang pelaburan emas. Anda semua boleh baca melalui link berikut.
http://www.jutawanduniaemas.com/2010/05/mengapa-saya-tidak-anggap-emas-ini.html

Mengapa persepsi saya berubah. Bagaimana ianya boleh berubah? Anda mungkin boleh berpandangan pendirian saya tidak tetap. Tapi apa yang membuat saya secara terang-terangan berkongsi perubahan ini kepada anda adalah kerana ilmu yang saya telah perolehi. Jika anda percaya pada apa yang saya katakan sebelum ini, maka percayalah juga apa yang akan saya katakan pada kali ini, kerana apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan ilmu, bukannya maklumat.

"Urusniaga jual beli emas adalah urusniaga jual beli jangka pendek yang sangat menguntungkan"

sekali lagi saya tekankan

"URUSNIAGA JUAL BELI EMAS ADALAH URUSNIAGA JUAL BELI JANGKA PENDEK YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN"

Dan pelaburan ini bukan pelaburan di atas kertas seperti ETF dan sebagainya. Tetapi ianya adalah pelaburan fizikal yang kita boleh niagakan setiap hari.

Itulah pandangan saya kini. Emas tetap simpanan yang terbaik. Ia adalah aset yang terbaik di samping hartanah dan sebagainya. Dan ia sebenarnya adalah satu urusniaga jual beli jangka pendek yang sangat menguntungkan. Pandangan ini adalah setelah saya mendalami dan mempelajari ilmu sebenar daripada "supplier" emas. Apa yang kita baca melalui kebanyakan laman blog individu (maaf jika saya menyinggung perasaan individu) hanyalah maklumat bukannya ilmu. Maklumat seperti harga, spread dan sebagainya sangat mudah diperolehi. Jadi persoalan yang saya boleh timbulkan, antaranya ialah

1. Mengapa spread terlalu tinggi (6% - 7%), tidak adakah spread yang lebih rendah?
2. Mengapa harga emas dijual pada harga yang tinggi, jauh daripada harga sebenar, tidak adakah emas yang dijual pada harga yang rendah?
3. Mengapa kita perlu menyimpan emas itu dalam jangka masa yang panjang, sedangkan emas dikatakan suatu yang mudah dicairkan. Tetapi bila kita menyimpan emas, emas tersebut akan menjadi beku. Jika dicairkan pada waktu terdekat kita akan menanggung kerugian. Sudah tentu kita tidak mahu ini berlaku.

Jadi persoalan-persoalan ini tidak dapat kita jawab berdasarkan maklumat-maklumat yang kita perolehi daripada laman-laman blog biasa. Ini adalah kerana ilmu-ilmu emas ini tidak didedahkan kepada kita semua. Jika ilmu ini didedahkan maka kita semua akan dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya yang berlaku.

Bagaimana jika saya katakan....
1. Saya boleh menjual emas kepada anda dengan spread kurang daripada 1%.
2. Saya boleh menjual emas kepada anda dengan harga yang sangat rendah, yang sangat hampir kepada harga seperti yang tertera pada graf kitco atau mana-mana graf rujukan anda.
3. Saya boleh menjadikan emas yang anda beli cair dengan cepat. Tidak perlu menunggu sehingga bertahun-tahun, tetapi boleh dicairkan setiap bulan, malah setiap minggu, malah setiap hari malah mungkin dalam beberapa jam sahaja.
4. Dan jika anda seorang peniaga emas, anda akan dapati kebebasan dalam menentukan harga emas yang anda jual...

Ini bukanlah maklumat semata-mata, tapi ia adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang saya telah lalui sendiri.

Pertama kali saya beli emas adalah pada sekitar RM123.92 segram (harga jualan) dan RM 123.18 segram (harga belian) iaitu pada 14 Ogos 2010, dan hari ini 17 Ogos 2010 saya sudah boleh menjual emas tersebut jika saya mahu, yang mana harganya hari ini adalah dalam sekitar RM124.96 segram (harga jualan) dan RM124.19 (harga belian). Walaupun keuntungannya hanya sekitar RM0.27 segram, (RM124.19 - RM123.92) tetapi jika saya membeli emas sejumlah 100 gram pada 14 Ogos maka saya sudah memperolehi keuntungan sebanyak RM27, dan jika saya saya membeli sebanyak 1000gram (1 kg) maka keuntungan saya sudah mencecah RM270 dalam tempoh 3 hari. Walau bagaimanapun saya mensasarkan keuntungan RM1.00 segram.


Jadi apabila kita memperolehi maklumat, kita akan terikat dengan peniaga emas yang lain. Mereka menetapkan harga, kita hanya mengikut. Kita tidak boleh menetapkan harga yang kita inginkan. Tetapi jika kita ada ilmu sebenar tentang emas, kita sebenarnya bebas untuk membuat apa jua keputusan ke atas perniagaan emas kita.

Wa Allahu alam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

3 comments:

Nusaibah blog Rabu, 18 Ogos, 2010

Boleh cerita lagi cara-cara mendapat emas murah dan menjual mengikut harga kita yang kita tentukan ?

shahrul Rabu, 18 Ogos, 2010

Boleh Dr. Apa kata kita berjumpa ataupun berhubung melalui telefon untuk sesi yang lebih jelas. Sebabnya kalau nak diceritkan semuanya di agak mustahil. Jadi bila berjumpa penerangan akan Insya-Allah menjadi lebih jelas.

haireygold Ahad, 26 September, 2010

berminat juga...sbb dari info emas lain kadar spread tinggi plus keuntungan emas jangka panjang..ingin tahu..thanks