Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Rasional Larangan Riba - Muslim Village's Blog Siri 2

Kembali kepada fakta dan sistem inilah yang didakwa ulama-ulama perbankan Islam sebagai bukan riba, tetapi perniagaan yang disukai oleh Allah swt. Ini kerana mereka tidak mengenakan faedah, tetapi melibatkan Harga Jualan rumah daripada bank kepada Pembeli (Peminjam). Apakah pendapat anda? Adakah ini riba? Saya katakan ini adalah riba dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya: “…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”; al-Quran: Al-A’raaf:163 

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam surah Al-A’raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang dilarang menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.

Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala ikan di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan tersebut masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang. Kemudian begitu tiba hari ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-ikan tersebut sempat keluar darinya.

Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir. Itulah mereka yang sebenarnya, dan kini siapakah dipermainkan?

Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam hari ini? Tiada bezanya!! Mereka menyatakan larangan Allah ialah hutang dengan riba, maka mereka berniaga dengan hutang yang bercampur riba (kononnya perniagaan) dan menyatakannya bukan riba. Sistem bank konvensionl dan sistem perbankan Islam adalah sistem yang sama, hakikatnya menjalankan transaksi yang semata-mata untuk memberi hutang dan mendapat keuntungan melalui “tambahan” (riba) dalam perniagaannya memberi hutang.

Perbezaannya sistem perbankan Islam sekadar menukarkan “nama” kepada Islam dan jual-beli. Orang buta pun boleh mengenali perdayaan ini (yg tidak bertuhankan nafsu), dan maka itu terdapat hadis mengatakan akan datang  suatu masa mereka menghalalkan riba dengan jual beli. Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang akan dipermainkan, samada mereka atau Allah swt.

“…mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba“. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. … Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…; Al-Quran: al-Baqarah: 275

bersambung...


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: