Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

4 sebab yang mempengaruhi harga emas dunia

Salam semua,

Sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi semalam ketika menghadiri Seminar Agen di Public Gold Bandar Sunway kelolaan En. Syukor (Jutawanemas). Antara yang dapat saya kongsikan ialah 4 sebab yang mempengaruhi harga emas

1. Penawaran dan Permintaan (Supply and Demand)
Jika berlaku banyak penawaran pada emas, maka harga emas akan mengalami penurunan. Jika terdapat banyak permintaan maka harga emas akan melonjak naik. Keadaan ini adalah sama seperti komoditi-komoditi lain di dunia.

2. Kepercayaan orang ramai terhadap USD
Kepercayaan orang ramai terhadap USD akan juga mempengaruhi harga emas. Indek kepercayaan ini adalah berlawanan dengan harga emas. Jika sekiranya kepercayaan kepada USD meningkat, maka harga emas akan berlaku penurunan. Ini adalah kerana orang akan lebih  membeli USD berbanding emas. Tetapi jika sebaliknya, jika orang hilang kepercayaan kepada USD, maka emas akan digunakan sebagai simpanan melindungi kekayaan mereka.

3. Keadaan ekonomi semasa
Keadaan ekonomi juga mempengaruhi secara langsung harga emas. Antaranya jika pasaran saham dunia mengalami kemerosotan, maka harga emas akan melambung. Ini adalah hasil tindakan para pelabur saham yang beralih arah kepada emas untuk melindungi pelaburan mereka. Begitu juga sebaliknya harga emas akan menurun apabila pelabur mula kembali melihat keadaan pasaran saham yang lebih baik.

4. Keadaan politik semasa
Keadaan politik dunia juga akan mempengaruhi harga emas. Sebagai contoh krisis antara China dan Amerika Syarikat. Di mana China mula menolak penggunaan USD sebagai simpanan aset (reserved asset). China mula mencari dan menyimpan emas sebagai simpanan aset negara. Jika perkara ini berlaku kepada negara-negara lain maka secara tidak langsung permintaan terhadap emas akan meningkat. Ini secara langsung akan melonjakkan harga emas dunia.

Jadi dalam keadaan situasi masa kini, harga emas berkemungkinan besar akan mengalami kenaikan. Jadi sebelum keadaan tersebut berlaku, apa kata anda mulakan simpanan emas anda. Simpanan emas akan melindungi nilai wang yang anda miliki.

Hubungi saya di 019-25690109 untuk maklumat lanjut.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: