Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Rekabentuk baru kad nama (Business card) untuk perniagaan emas

Salam semua pembaca, pelanggan\pelabur emas serta peniaga-peniaga emas semua.

Alhamdulillah sejak saya mula berkongsi design kad biz emas saya dengan Nurul (gold2rich), Azman (goldjeman) dan Pokya semakin ramai peniaga-peniaga emas yang berminat mengunakan design tersebut untuk kad mereka pula. Terima kasih banyak pada mereka kerana mempromosi kad yang saya buat kepada rangkaian mereka. Sesungguhnya apa yang saya buat adalah sekadar ingin berkongsi. Mungkin dengan ini kita dapat menunjukkan kita semua mempunyai minat yang 1 dan identiti yang 1 serta memperjuangkan sistem yang 1. Design yang sama mungkin dapat merapatkan lagi dan memperkukuhkan lagi usaha kita dalam memartabatkan penggunaan emas dalam sistem ekonomi negara kita.... Hehe rasa macam dato berucap pulak...

Ok la guna bahasa pasar la pulak. Ok lah memandangankan ada segelintir rakan yang bertanya kat saya, "takde design lain ke..., buat la 2 atau 3 design." Huhu bukan saya tak nak buat, tapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan idea yang tidak kesampaian lagik, jadi agak lambat sikit saya nak come out dengan design yang baru.

Walau bagaimanapun untuk tidak menghampakan rakan-rakan semua, saya dah design satu lagik kad. Semoga ianya dapat membeli pilihan pada rakan-rakan semua. Untuk pengetahuan rakan2 semua, promosi harga kad yang sekarang nie akan tamat pada bila-bila masa sahaja. Jadi sapa yang nak buat lepas tu akan mengunapakai harga promosi yang baru.

Plan saya lepas nie nak mula memartabatkan penggunaan dirham pulak. So lepas nie rakan2 kena bayar kat saya dalam RM dan dirham. Saya akan kenakan upah design sebanyak 1 dirham selepas ini. Bukan ape dah kita memperjuangkan penggunaan emas, mestilah kena kasi lengkap perjuangan kita. Kena la sekali memperjuangkan penggunaan dirham perak juga kan. Tapi itu pelan saya. Saya akan lancarkannya bersama dengan harga promosi yang baru nanti.

So lepas nie saya akan pasarkan juga produk dirham sebagai salah satu lagi portfolio perniagaan saya. Heheh perniagaan kena berkembangkan. Harap perkembangan ini dapat diterima oleh semua.

Ok la...untuk sesape yang nak order kad boleh lihat 2 design yang saya ada di bawah. Sila gunakan kod kad semasa ingin membuat tempahan nanti. Harganya buat masa ini masih lagi sama. Tiada perubahan sehingga diberitahu kelak. Sila rujuk bahagian komen catatan ini untuk melihat harga kad.

Kod kad: JDEmas01



Kod kad: JDEmas02


Wassalam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

5 comments:

putremas Ahad, 14 Februari, 2010

sekadar membantu saudara seagama. setiap mukmin itu bersaudara.

zalidanemas Selasa, 16 Februari, 2010

Cantek. pls email kat saya @ zalidanemas@yahoo.com untuk tempahan sepertimana perbualan telefon tempoh hari.

admin@jutawanduniaemas.com Isnin, 19 April, 2010

Promosi tempahan kad masih dibuka. Di bawah adalah harga-harga pakej kad.

Printing 1 muka sahaja
300 keping kad - RM45
500 keping kad - RM50
1000 keping kad - RM100

Printing 2 muka (depan dan belakang)
300 keping kad - RM50
500 keping kad - RM60
1000 keping kad - RM120

izzat Jumaat, 02 Julai, 2010

ada design baru?..
klu nk custom sikit2 leh x?..

Tanpa Nama Sabtu, 16 Oktober, 2010

boleh ubah sikit design nak masuk gold bar/coin yang berbeza...