Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Ahlan Wasahlan Hijrah 1431

Salam semua pembaca,

Catatan kali ini cuma mahu mengingatkan sahabat-sahabat semua serta diri saya sendiri tentang bakal munculnya tahun baru bagi kalendar Hijrah (kalendar Islam).

Insya-Allah 1 Muharam 1431, akan muncul beberapa jam sahaja lagi. Marilah kita muhasabah diri, imbas kembali apa yang telah kita lakukan dan kerjakan dalam tempoh setahun ini. Perbaikilah apa jua kekurangan dan bersyukurlah atas apa kejayaan semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT. Sesungguhnya amalan-amalan kita telah dicatit oleh Allah SWT sebagaimana kita biasa mencatit di dalam blog-blog kita. Cuma lagi catatan Allah itu maha terperinci berbanding catatan kita pada blog-blog kita. Betapa kerdilnya kita, walhal segala catatan peribadi kita sendiri pun kita tak mampu mencatatkannya satu persatu. Sesungguhnya Allah SWT itu maha berkuasa.

Marilah kita amalkan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Semoga kehidupan kita sentiasa memperoleh berkat dari Allah SWT. Saya lampirkan maksud doa bagi membolehkan kita lebih mendalami dan menghayati doa yang kita lafazkan.

Cara amalan

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:

"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"



Semoga kita beroleh manfaat daripadanya.


Wallahualam.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: