Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Kelebihan-kelebihan Dinar Emas

  1. Mata wang berbentuk komoditi - Ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan.
  2. Mempunyai nilai benar dan tetap - Ia mempunyai nilai intrinsik yang akan kekal nilainya pada setiap masa dan tempat digunakan.
  3. Bebas daripada inflasi - Mata wang Islam (wang emas) merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembung"kan. Wang sebenar iaitu wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi.
  4. Mencegah spekulasi - Ini adalah berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain.
  5. Wujud kebebasan pertukaran emas - Keadaan ini membolehkan aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga barang dan gaji pekerja.
  6. Pertukaran mata wang antara negara akan stabil - Ini kerana nilai emas yang tetap. Sejarah piawaian emas telah membuktikan kestabilan pertukaran antara negara telah wujud lebih satu kurun iaitu sebelum Perang Dunia Pertama.
  7. Percetakan wang kertas akan terhad - Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mungkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu.
  8. Piawaian mata wang dunia hanya bersandarkan kepada nilai emas - Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian tertentu berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah.
  9. Menyumbang kepada perpaduan dan kesatuan umat Islam - Mata wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu dinar di Istanbul.
  10. Bebas daripada unsur riba - Mata wang emas dan perak bebas daripada riba kerana ia termasuk dalam barangan "ribawiyyah" dan riba hanya boleh berlaku dalam urusan jual beli (bagi emas dan perak) dan pinjaman (bagi semua jenis barangan).
  11. Tiada unsur "Gharar", spekulasi, perjudian dan manipulasi mata wang - Penetapan nilai emas akan memelihara kadar pertukaran yang tidak akan turun naik melebihi 1% dan sekaligus akan menutup ruang kepada pihak lain untuk menguasai ekonomi dunia.
  12. Berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran - Penerimaan umum tentang peranan wang ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan berlakunya ketidakadilan dan penindasan dalam ekonomi tukar barang.

Sekadar berkongsi.
sumber rujukan:
Dinar Emas, Realiti semasa penggunaanya di Malaysia oleh Salmy Edawati Yaacob & Ab. Mumin Ab. Ghani


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: