Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Dinar Emas lebih berkuasa berbanding senjata nuklear

Salam Bloggers,

Aku sharekan satu artikel yang menunjukkan kepoweran emas. Aku lupa dari mana aku dapat dan sape penulisnya. yang ade cuma tarikh ngan tajuk je. Untuk membuka minda kita tentang emas.

Dinar Emas lebih berkuasa berbanding senjata nuklear

Sun Feb 04, 07 9:42:54 pm MYT

Seperti yang diketahui, AS mempunyai hutang awam dan persendirian yang sentiasa berganda sejak 1995. Pada 2003 hutang berkenaan berjumlah A$34 trilion (AS$34,000,000,000,000 atau RM124,000,000,000,000). Hutang di AS berkembang lebih pesat berbanding pendapatan.

Rakyat Amerika mampu hidup mewah melebihi kemampuannya bukan disebabkan ketekunan mereka bekerja tetapi mereka bergantung kepada mata wang dolar mereka. Selagi seluruh dunia mempunyai keyakinan terhadap dolar sebagai matawang rizab dunia, selagi itulah mereka hidup bermewah-mewah.

Jika seorang pekerja bekerja dan menyimpan titik peluhnya dalam bentuk matawang, ianya tidak selamat kerana mudah di spekulasikan. Contohnya bulan ini RM30 mungkin boleh membeli seguni beras, setelah dispekulasikan mungkin nilainya sekadar separuh guni beras sahaja. Begitulah cara sistem dunia mengaut keuntungan dan mencuri titik peluh seseorang.

Sebagai jalan selamat, kita perlu menggunakan Dinar Emas. Umat Islam boleh mencapai banyak kejayaan, jika menggunakan dinar emas Islam sebagai matawang untuk perdagangan antarabangsa. Dinar emas tidak mudah untuk dispekulasikan menjadikan pihak Barat sukar untuk mencuri titik peluh 1.5 bilion umat Islam. Kekayaan umat Islam boleh disatukan dalam satu matawang sendiri.

Dinar emas sebenarnya lebih berkuasa berbanding senjata nuklear, kerana dinar emas mampu meranapkan dan meruntuhkan mana-mana empayar yang sombong dan angkuh seperti AS. Sebagai contohnya Kesatuan Soviet tidak tumbang melalui peperangan tetapi melalui senjata ekonomi oleh AS. Masalahnya 50 negara Islam ini belum mampu lagi bersatu. Negara -negara Arab masih lagi setia kepada Amerika. Arab Saudi adalah negara kaya dengan sumber semula jadi dan mempunyai dana yang banyak, malangnya dana itu digunakan untuk mengukuhkan dolar AS. Mereka inilah yang menjadi masalah kepada umat Islam.

Tindakan AS memberi bantuan dan pinjaman kepada negara-negara Arab membelenggu kebebasan mereka. Sikap para pemimpin Arab yang terlalu tamak dengan kuasa dan material mengakibatkan dunia Islam sukar membuat keputusan untuk kepentingan bersama.

Mesir boleh dijadikan contoh di mana AS berjaya melunturkan negara yang dianggap penting dalam Liga Arab hanya dengan bantuan sebanyak AS$2 billon setiap tahun.

Sungguhpun bangsa Arab dikebali dengan sifat degil tetapi perasaan takut kehilangan kuasa dan kekayaan mengalahi segala-galanya. Pemimpin-pemimpin negara Arab Saudi, Mesir, Qatar, Kuwait, Jordan dan Maghribi adalah penyokong kuat AS. Mereka menjadi masalah kepada umat Islam terutama dalam membuat keputusan.

Kita harus membebaskan diri dari cengkaman AS. Seperti yang diketahui, AS adalah negara yang banyak mencaturkan politik dunia. Di Afganistan contohnya, setelah kejatuhan Taliban terdapat usaha untuk merosakkan generasi muda Afghan. Penyebaran VCD lucah berleluasa, gejala penagihan arak dan kemudahan penanaman ganja yang tidak terkawal. Mereka juga mewujudkan pub-pub dan kafe siber yang membekalkan bahan-bahan lucah untuk meruntuhkan akhlak generasi muda Afganistan.

Kemelaratan hidup penduduk di negara Afrika juga berpunca dari mereka. Sebenarnya negara-negara Afrika boleh berkembang dan maju seperti negara lain. Dasar Barat terhadap Afrika menyekat ianya berlaku. Ini kerana mereka ingin membenarkan sistem perhambaan oleh nenek moyang mereka dahulu, bagi memperlihatkan kepada dunia bahawa generasi Afrika di Barat lebih beruntung berbanding di tempat asal mereka.

Kesimpulannya Negara -negara Islam perlu menyokong penggunaan Dinar Emas kerana ia lebih berkuasa daripada senjata nuklear. Penggunaan Dinar Emas juga dapat memajukan dan membebaskan ummah dari belenggu kemiskinan. Masalah utama untuk merealisasikan Dinar Emas adalah rasuah politik negara Barat. Pemimpin-pemimpin negara Barat perlu membebaskan diri dari rasuah politik kerana ia adalah kesenangan yang bersifat sementara. Sejarah telah membuktikan sekatan ekonomi AS telah memajukan Iran, dan sejarah juga telah membuktikan mereka yang menerima rasuah politik dari Barat hidup dalam kehinaan.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: