Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Pengalaman beli emas fizikal

Salam Semua bloggers,


Dalam post kali nie aku nak cerita sedikit kat korang pengalaman pertama aku membeli emas fizikal daripada junior aku masa kat UTM yang sekarang merangkap sifu aku dalam pelaburan emas nie, tak lain dan tak bukan otai Pokli.


Maklumat pembelian

Penjual: Pokli
Produk: Public Gold Fineness Gold Bar 20 gram
Harga Jualan: RM 2405
Kos Penghantaran: RM 10
Tarikh Pembelian: 04 Sept 2009 (Jumaat) jam lebih kurang 2:30 ptg

Pokli memang best, very transparent, dan sangat caring dan sangat informative serta sangat suka berkongsi ilmu2 yang dia ada. Sangat mudah nak berurusan dengan beliau nie. Sangat open...

Haritu adalah pertama kali aku memegang emas fizikal, memang terasa auranya. Berbeza sangat dengan perasaan bila aku mula2 invest dalam GIA. Dan yang bestnya Pokli nie bagi aku pegang emas bernilai lebih kurang RM15k. Pergghhh memang best gile. Terbayang dah dalam kepala aku satu hari nanti aku akan dapat menjadikan emas2 tu milik aku. Korang doa2 kan lah.... Pokli tanya aku, cuba imagine kalau ade duit RM15k perghh... penuh beg duit tu. Tak boleh nak letak, tapi kalau emas senang gile nak bawak dan nak simpan.

Lama gak aku borak ngan Pokli nie, biasala dah member lama masa kat UTM. Tapi banyak citenye pasal emas le. Aku pun ambik la peluang dalam masa yang agak singkat tu untuk menambah lagi ilmu aku tentang pelaburan emas nie.

So bloggers, itulah pengalaman pertama aku dengan emas fizikal. Cita2 aku aku nak jadi master dealer macam Pokli dalam pelaburan emas nie. Kalau boleh nak lebih berjaya lagik. Insya-Allah dengan izin-Nya.


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: