Catatan Terkini JutawanDuniaEmas

GOLD - (current bid, $ change, low, high) Update every minute

Menambah koleksi emas aku

Salam bloggers,

Aku rase dah dekat seminggu gak aku tak update blog aku nie... Hehehe almaklumlah sekarang nie tengah bz gile dengan aku punya "active income". Kena prepare kertas soalan final exam la, kena buat KPI la dan segala macam bende yang melibatkan kerje aku. Labur, labur jugak. "Active income" nie nak kena jaga gak. Anyway itu "the other side of the story". Yang aku nak cerita ari nie berkenaan aktiviti aku menambah koleksi emas aku. Kalau korang tengok harga emas semakin naik nie. Kalau ade yang dok masih nak menunggu untuk memulakan pelaburan nie, mulakanlah sekarang. Kang nyesal. Macam sifu aku selalu cakap "kalau ko tak mula ko tengok je la aku yang untung". Jadi ape nak dikata mulakan sekarang.

Okey la, back to the actual story yang aku nak sampaikan. Buat pengetahuan korang, aku dah menambah lagi koleksi emas aku. Kali nie aku ambik 4 keping 1 Dinar PG. Dan untuk pengetahuan korang pun produk nie hot item gak. Sebab masa aku nak beli aku kena contact 2 agen untuk dapatkan 4 keping nie. Dan alhamdulillah aku dapat gak akhirnya. Butir pembelian aku adalah seperti berikut.

Tarikh pembelian: 8 Sep 2009
Agen: Halim
Jumlah belian: 2 x 1 Dinar PG
Harga belian: RM 498 x 2 = RM 996

Tarikh pembelian: 9 Sep 2009
Agen: Shahrel
Jumlah belian: 2 x 1 Dinar PG
Harga belian RM 498 x 2 = RM 996

Cuba korang tengok harga sekarang. Kalau tak silap aku harga belian dah naik ke RM 505 (setakat jam 8:30 pagi 14 Sep 2009). So sape yang masih menunggu memang rugi. Walau bagaimanapun masih belum terlambat lagik kalau korang nak mulakan langkah pertama tu. Sebab aku ade terbaca, bahawa harga emas dijangka akan berada dalam trend menaik sehingga 2014. Lepas tu aku tak tau le.

Berbalik kepada cite koleksi aku nie. Untuk pengetahuan korang gak, 4 keping 1 Dinar yang aku beli semua tu adalah menggunakan wang hasil merempit emas 20 gram aku dan hasil jualan emas dari GIA. Jumlah yang aku dapat semua dalam RM1600 (dari hasil merempit) + RM 550 (dari GIA). Semua aku labur balik beli emas. Bukan ape aku pun nak protect kewangan aku macam sifu2 semua buat.

So akhir kata, walaupun aku melabur dengan jumlah yang kecil, kalau nak merempit tu teruskan je. Sebab emas nie memang tak rugi kalau kita simpan. Dan buat masa nie aku tengah rancang nak tambah lagik koleksi aku, tapi ape kan daya kewangan tak mengizinkan. Bila dah mengizinkan memang pasti nye emas adalah pelaburan yang mempunyai potensi terbaik bagi aku.

Wassalam


Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy

0 comments: